TYT dikuarantin, belum terima surat PH mohon jumpa

Sebaran :

Krisis Melaka: TYT dikuarantin, belum terima surat PH mohon jumpa

Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat.

Setiausaha Khas Yang Dipertua Negeri Melaka, Nur Azmi Ahmad berkata, buat masa ini, Ali sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula 30 Sept lepas kerana menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19.

“Setakat ini, tiada surat janji untuk saya persembahkan kepada Ali,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari hari ini dilaporkan berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Ali dalam tempoh terdekat bagi menghantar surat memaklumkan kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti.

Hari ini, empat ADUN Melaka mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman.

Mereka ialah Idris Haron (BN-Sungai Udang), Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas). FMT

TYT dikuarantin, belum terima surat PH mohon jumpa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply