Labuan bagai diserang garuda, hanya coklat bebas cukai – Bung

Labuan bagai diserang garuda, hanya coklat bebas cukai – Bung

Seorang Ahli Parlimen Umno menggesa Putrajaya membenarkan Sabah menguruskan Labuan, jika ia gagal berbuat demikian.

Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, Labuan bukan lagi tarikan wilayah bebas cukai kerana hanya coklat dan gula-gula yang merupakan barang bebas cukai.



“Labuan satu ketika dahulu adalah bandar bebas cukai, namun mutakhir ini, Labuan seperti sebuah bandar diserang garuda. Yang bebas cukai cuma coklat, yang lain-lain tiada lagi bebas cukai.

“Harga di tanah besar, itulah (juga harga yang) dijual di Labuan.

“Jadi, tolonglah bangunkan Labuan, kembalikan status bebas cukai, menteri datang Labuan buat kajian, kalau tak laksanakan apa-apa, maka kembalikan Labuan kepada Sabah, biar kami bangunkan,” katanya ketika ucapan perbahasan di Dewan Rakyat.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, peniaga di Labuan juga hairan kerana pengunjung masih perlu membayar cukai.



“Peniaga pun hairan, kalau bebas cukai, maka bebas cukai, kenapa bebas cukai tetapi dikenakan cukai tinggi? Bebas cukai ini bermakna satu tarikan kepada orang luar untuk datang boleh membantu pertingkatkan ekonomi di kawasan Sabah.

“Tetapi sekarang tidak ada apa-apa lagi, padang jarak padang terkukur. Rakyat Labuan menderita, tidak ada ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan seharian mereka.”

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, beliau menggesa Putrajaya menjadikan Labuan sebagai syurga bebas cukai semula untuk memulakan ekonomi dan meningkatkan kehidupan rakyat yang bergelut tanpa pekerjaan serta perniagaan.

Beliau turut menggesa Putrajaya memberikan kuasa autonomi kepada kerajaan Sabah untuk meningkatkan lagi pembangunan dan ekonomi di wilayah itu.



“Kita kena ubah cara pendekatan dari segi pembangunan ekonomi negeri dan wilayah, yang mana kalau perancangannya baik tetapi pelaksanaan kurang baik, maka perancangan ‘totally’ tidak baik.

“Saya mohon bagi pihak Sabah, bagi kami autonomi untuk mengurus dana pembangunan dan ekonomi untuk memastikan Sabah terkeluar daripada garis kemiskinan yang tertinggi di negara ini.”

Katanya, masih terdapat banyak kerenah birokrasi ketika ini, contohnya Jabatan Kerja Raya Sabah perlu menunggu dana daripada Kementerian Kerja Raya.

“Kementerian Kerja Raya kemudiannya menunggu peruntukan dari Kementerian Kewangan,” katanya sambil mempersoalkan alasan kerenah birokrasi itu memandangkan Kementerian Kewangan boleh terus berurusan dengan Jabatan Kerja Raya Sabah.



Oleh itu, katanya, Sabah perlu diberikan autonomi untuk menentukan projek yang boleh dilaksanakan di sana. FMT

Labuan bagai diserang garuda, hanya coklat bebas cukai – Bung


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker