Jatuhkan kerajaan Melaka: Idris Haron, Nor Azman bukan lagi ahli Umno

Sebaran :

Jatuhkan kerajaan Melaka: Idris Haron, Nor Azman bukan lagi ahli Umno

Keahlian bekas Menteri Besar dan ADUN Sungai Udang, Idris Haron serta ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan dalam Umno gugur secara automatik kerana terlibat dalam gerakan menjatuhkan kerajaan Melaka.

Ketua Umno Melaka, Ab Rauf Yusoh, berkata ini susulan tindakan mereka menyatakan secara terbuka tidak lagi bersama kerajaan negeri.

“Apabila dinyatakan dalam sidang media secara terbuka mereka bersama dengan parti tidak membentuk kerajaan dan meruntuhkan kerajaan, maka secara automatik akan tergugur haknya sebagai ahli Umno,” katanya.

Terdahulu, dalam satu sidang media, Idris bersama tiga lagi ADUN mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Tiga lagi ADUN yang dilihat hadir pada sidang media adalah ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan.

“Kami dah tak menyokong kerajaan negeri dan meletakkan jawatan.

“Kami berempat menandakan kerajaan hari ini defisit sokongan. Pihak pembangkang bilangannya 11, tidak menyokong, tambah empat kami sekaligus kiraan itu menunjukkan kerajaan negeri hilang majoriti,” katanya.

Idris berkata, beliau dan dua lagi Exco iaitu Norhizam dan Noor Effandi sudah meletakkan jawatan mereka.

Semalam, Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata, Umno akan menggugurkan ADUN daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada. FMT

Jatuhkan kerajaan Melaka: Idris Haron, Nor Azman bukan lagi ahli Umno


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply