Seringan-Ringan Azab Neraka Dan Sebesar-Besar Ganjaran Syurga

Sebaran :

Seringan-Ringan Azab Neraka Dan Sebesar-Besar Ganjaran Syurga

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda: “Berfirman Allah S.W.T.: Aku sediakan kepada hamba-hambaku yang soleh; apa yang tidak pernah dilihat oleh mata,tidak pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas dalam fikiran serta hati manusia.” – HR Bukhari dan Muslim.

Bayangkan! Nikmat syurga. Ia langsung tidak tercapai dek akal kita tentang apa yang dikatakan syurga itu. Kenikmatan yang bakal penghuni syurga lalui sangat membahagiakan.

Masakan tidak, segala yang terlintas di fikiran pasti Allah berikan. Apa yang terasa ingin makan, pasti terhidang di depan mata. Indah sungguh kehidupan di dalamnya sambil ditemani bidadari-bidadari yang menawan rupanya dan harum bak kasturi wanginya. Seronok bukan?

Jika ditanya, pasti kesemua manusia yang bergelar Islam dan bersaksikan syahadah Lailahillallah Muhammadurrasulullah mengidamkan syurga. Biarpun amalan tidak seberapa, tetapi naluri seorang Muslim pasti menginginkan syurga.

Meskipun tidak boleh dibayangkan, namun mendengar ayat Allah dan bingkisan Rasulullah s.a.w yang membicarakan tentang syurga, cukup menggetarkan hati dan jiwa. Sungguh Indah!

Setiap apa yang Allah ciptakan, pasti ada pasangannya. Lelaki dengan perempuan, langit dan bumi, halal dan haram, serta matahari bersama bulan adalah contoh pasangan serasi yang tidak asing lagi dalam kalangan kita sebagai manusia.

Begitu juga dengan syurga, jika sebut sahaja tentang syurga, pasti tidak lain tidak bukan, pasangannya adalah neraka.

Jika di syurga kita diberitahu betapa nikmatnya tidak terkira, ia berbeza dengan keadaan neraka. Neraka adalah mimpi ngeri kepada seluruh makhluk yang ada di bumi. Sebuah hadis daripada Ibnu Mas’ud, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya,

“Adapun panas api yang kamu nyalakan di dunia ini (termasuk matahari) hanya sepertujuh puluh daripada panasnya api neraka di akhirat. Kalau sedikit sahaja jatuh ke atas dunia, nescaya mendidih air laut kerana panasnya.” – HR Muslim

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut tentang seringan-ringan azab di neraka yang bermaksud, Dari Nu’man Bin Basyir ra: Aku mendengar Rasulullah saw. Bersabda,

“Sesungguhnya seringan-ringan seksaan-seksaan penghuni neraka pada hari kiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya dua bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada di kepalanya. (Dari sebab panasnya kedua bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dahsyat seksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan seksaannya”. – (HR Bukhari & Muslim).

Allahuakbar! Seringan-ringan seksaan pun sudah menggerunkan, bayangkan kalau dosa kita yang selautan ini, apakah bentuk seksaannya? Bagaimanakah kita nanti? Mudah-mudahan rahmat Allah mengatasi segalanya dan kita termasuk dalam kalangan orang yang beruntung.

“Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.” – (Ali Imran: 185)

Meskipun semua umat Islam telah dijanjikan syurga selagi mana kalimah LailahaIllallah Muhammadan Rasulullah itu menjadi nadi dalam diri, namun kalau boleh kita tidak ingin langsung merasai betapa azabnya neraka itu. Lagi beruntung kalau amalan kita langsung tidak perlu dihisab, tapi natijahnya kita tahu, syurga destinasinya.

Bayangkan, markah ujian penilaian kita belum keluar dan belum dinilai oleh guru, tapi kita telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Itulah analoginya. Sesuatu yang langsung kita tidak duga, berbaloi dengan usaha, terkejut dan terlalu istimewa perasaan itu sukar digambarkan.

Itu di dunia. Di akhirat kelak, perasaan itu berganda-ganda jadinya kerana matlamat di dunia kita adalah ingin berjaya sampai ke syurga. Justeru, mungkin kita tergolong dalam golongan umat Nabi Muhammad yang disebut masuk ke syurga tanpa hisab. Wallahu a’lam Utv

Seringan-Ringan Azab Neraka Dan Sebesar-Besar Ganjaran Syurga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply