Pelanggan bank berpakaian selekeh bawa sekotak besar wang tunai

JAKARTA – Sebuah video di Indonesia menjadi tular di media sosial kerana memaparkan aksi seorang pelanggan bank yang hanya memakai seluar pendek beserta sepasang selipar, namun membawa wang tunai yang banyak untuk disimpan, lapor laman berita Suara.com semalam.

Berdasarkan video yang tular di TikTok itu, lelaki tersebut dilihat memasuki sebuah bank dengan hanya berselipar dan berseluar pendek sambil membawa sebuah kotak.

Sejurus berada di kaunter bank, dia membawa keluar beberapa ikat wang kertas bernominasi 100,000 rupiah (RM29) dan 50,000 rupiah (RM15) dalam kuantiti yang amat banyak dari kotak itu.

Kesemua wang kertas itu diikat dengan rapi dan diserahkan kepada pegawai bank di kaunter.

“Jangan menilai seseorang daripada penampilan. Apa yang kamu lihat ada kalanya bukanlah sesuatu yang nyata,” tulis keterangan pada video yang dimuat naik itu.

Video tersebut menjadi tular dengan ramai netizen yang meluahkan rasa kagum melihatkan jumlah wang yang begitu banyak.

“Memang dia sengaja berpenampilan begitu supaya tidak menjadi sasaran perompak,” kata seorang netizen.

“Berdasarkan kisah ini, kita dapat pelajari bahawa orang kaya sering bersederhana,” ujar seorang lagi. – AGENSI

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jenama Nike, Under Armour Hadapi Masalah Bekalan Bila Kilang Di Vietnam Ditutup

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker