Rakyat perlu pilih siapa layak pimpin Melaka – Khaled

Rakyat perlu pilih siapa layak pimpin Melaka – Khaled

Rakyat wajar diberikan kesempatan untuk memilih siapa yang selayaknya mewakili mereka dan calon terbaik untuk memimpin Melaka melalui pilihan raya negeri, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Dalam kenyataan Khaled berkata, kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara sudah membolehkan satu pilihan raya diadakan segera.

“Saya menyokong saranan Presiden Umno untuk kemelut ini diselesaikan dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.



“Wajar untuk rakyat diberikan kesempatan memilih siapa yang selayaknya mewakili mereka dan seterusnya menentukan calon yang sebaiknya memimpin Melaka,” katanya.

Khaled berkata, tiada alasan lagi untuk menunda proses demokrasi apabila mandat rakyat terus dibelakangkan oleh beberapa ADUN yang berkepentingan.

“Krisis politik di Melaka menunjukkan betapa undang-undang untuk membataskan lompatan parti dan mengadakan pilihan raya pecat sangat diperlukan di negara ini,” katanya.

Terdahulu, Zahid mencadangkan DUN Melaka dibubarkan bagi membuka laluan kepada pilihan raya negeri susulan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang selepas empat ADUN menarik sokongan.



Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, rakyat perlu diberi mandat untuk memilih semula kerajaan yang boleh mentadbir negeri itu.

“Saya tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri Melaka yang dikuasai oleh parti saya tetapi tunggulah, saya fikir elok diadakan pilihan raya negeri baharu supaya DUN Melaka dibubar dan kita beri mandat semula kepada rakyat untuk memilih pihak mana yang boleh mentadbir negeri itu dan negara kita,” kata Zahid ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat. FMT

Rakyat perlu pilih siapa layak pimpin Melaka – Khaled


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker