Kaji semula kes digugurkan Tommy Thomas – Azeez
Kaji semula kes digugurkan Tommy Thomas – Azeez
Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) membidas tindakan pembangkang mempersoalkan keputusan mahkamah kononnya berpihak kepada pemimpin UMNO dalam keputusan dibuat institusi terbabit, baru-baru ini.
Beliau berkata, pembangkang diminta menilai semula keputusan dibuat ketika mereka menjadi kerajaan apabila terdapat 15 kes mahkamah digugurkan, antaranya membabitkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) di bawah pentadbiran pakatan itu.
Justeru, beliau meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bagaimana kes berkenaan boleh digugurkan, ketika Tan Sri Tommy Thomas memegang jawatan Peguam Negara.
“Semasa PH memerintah, pada waktu itu Sepang (Mohamed Hanipa Maidin) (PH-AMANAH) (menjadi Timbalan Menteri (Undang-Undang), mengapa ia (15 kes digugurkan) berlaku, kenapa ada berat sebelah pada hari ini?
“Kita tahu kes rasuah, antaranya membabitkan Bagan (Lim Guna Eng), (Naib Presiden PKR), Rafizi (Ramli) dan banyak lagi yang dilepaskan (mahkamah), namun kami ketika itu sebagai pembangkang menghormati keputusan Peguam Negara dan mahkamah sebab kita ada undang-undang, kita mesti patuh.
“Kenapa hari ini pembangkang memanipulasi atas segala keputusan dibuat, malah meminta Peguam Negara meletak jawatan. Pada zaman mereka, bila (kes) ditarik, kami tidak pula suruh letak jawatan.
“Ahli UMNO dikenakan pembunuhan karakter dan ‘didoktrin’ yang kami ini adalah kluster mahkamah, sedangkan apabila 15 kes digugurkan, tidak pula kami katakan mereka kluster mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Abdul Azeez berkata, pembangkang termasuk Mohamed Hanipa pada 30 September lalu mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) benar-benar bebas dan berintegriti, berikutan kononnya banyak kes membabitkan pemimpin UMNO yang dibawa kepada pendakwaan dilepaskan di mahkamah termasuk membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi merungkai tindakan pendakwaan dibuat terhadap pemimpin UMNO ketika pemerintahan PH.
“Saya usulkan kepada kerajaan di bawah Ahli Parlimen Bera (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) yang begitu prihatin dan cakna, ‘let us be gentleman’, kita wujudkan RCI Tommy Thomas atas pendakwaan yang dilakukan dan buku yang dikeluarkan beliau.
“Kita wujudkan RCI itu segera untuk merungkai, biar rakyat tahu mengenai pendakwaan itu, siapakah dalang atau adakah tangan ghaib yang memberi arahan tertentu untuk menangkap dan menuduh mereka, khususnya dalam kalangan kami (Barisan Nasional) dulu.
“Kita mesti berani kerana kita benar. Kita sudah setuju dengan RCI Tabung Haji dan harap kerajaan dapat laksanakan RCI Tommy Thomas,” katanya. BH
Kaji semula kes digugurkan Tommy Thomas – Azeez
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.