Jenama Nike, Under Armour Hadapi Masalah Bekalan Bila Kilang Di Vietnam Ditutup
Jenama Nike, Under Armour Hadapi Masalah Bekalan Bila Kilang Di Vietnam Ditutup
NEW YORK – Beberapa jenama pakaian gergasi Amerika Syarikat (AS) termasuk Nike dan Under Armour menghadapi masalah bekalan akibat penutupan kilang-kilang pembekalnya di Vietnam susulan gelombang kedua Covid-19, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.
Hujung September lalu, Nike memotong prospek penjualan sepanjang tahun kerana masalah rangkaian bekalan walaupun Ketua Pegawai Operasinya berkata bahawa jenama itu masih mencatat permintaan yang tinggi.
Kira-kira tiga perempat kasut Nike dihasilkan di Asia Tenggara dengan 51 peratus dihasilkan di Vietnam dan 24 peratus di Indonesia.
Namun, apabila pemerintah Vietnam melaksanakan perintah berkurung akibat pandemik Covid-19 termasuk mengarahkan semua kilang ditutup selama beberapa minggu antara Julai hingga September lalu, Nike mengalami kehilangan produksi pembuatan selama 10 minggu.
Menurut Ketua Pegawai Kewangan Nike, Matthew Friend, biarpun kilang mula dibuka semula, pengeluaran akan mengambil masa sehingga beberapa bulan untuk kembali ke tahap sepenuhnya.
Satu pertiga pengeluaran barangan jenama pakaian dan kasut sukan Under Armour dihasilkan di Vietnam.
Ketua Pegawai Operasi Under Armour, Patrik Frisk pada Ogos lalu berkata, pihaknya sedang melihat secara dekat impak penutupan kilang terhadap rangkaian bekalannya dan menyifatkan situasi itu sebagai ‘situasi yang berkembang’.
Vietnam merupakan pembekal penting bagi jenama pakaian dan kasut sukan di AS.
“Ia merupakan rakan kongsi besar kepada AS dan merupakan sumber pakaian dan kasut kedua terbesar selepas China,” kata presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pakaian dan Kasut Amerika (AAFA), Steve Lamar.
Julai lalu, Vietnam terperangkap dalam wabak koronavirus yang disyaki berpunca daripada varian baharu, malah sejumlah kilang di Vietnam juga masih ditutup sehingga kini.
Ia menyebabkan pengeluaran produk termasuk kasut sneaker dan sandal, seluar jeans, gaun, kemeja-T serta jaket terhenti. – AGENSI
Jenama Nike, Under Armour Hadapi Masalah Bekalan Bila Kilang Di Vietnam Ditutup
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang
Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan
You must be logged in to post a comment.