PPV WTCKL ditutup, tanda berakhir vaksinasi besar-besaran

PPV WTCKL ditutup, tanda berakhir vaksinasi besar-besaran

Penutupan pusat vaksinasi terbesar (PPV) World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini, menandakan berakhirnya vaksinasi besar-besaran.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, PPV yang sudah mencapai matlamatnya dan telah banyak memberi vaksinasi akan ditutup.

Menurutnya, Malaysia tidak lagi memerlukan PPV mega yang melibatkan kos operasi tinggi selepas kebanyakan rakyat kini sudah menerima vaksinasi.

“Jadi bila kita puas hati satu kawasan itu sudah mencapai liputan yang agak baik, kita akan mula tutup PPV.

“PPV yang mega ini sudahpun mencapai matlamat dan hari ini kita tutup PPV yang paling banyak memberikan vaksinasi di Malaysia,” katanya.

Ditanya mengenai PPV lain, Khairy berkata, penutupan akan dilakukan berperingkat mengikut keperluan di sesebuah kawasan.

“Namun demikian esok (Isnin) saya akan bermesyuarat dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) dan MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) untuk membincangkan supaya ada beberapa PPV yang masih dibuka (bagi mereka yang) samada tercicir ataupun warga asing,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menutup PPV AstraZeneca pertama di Malaysia, PPV World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada Ahad.

PPV WTCKL yang mula beroperasi pada 5 Mei lepas itu menutup tirainya hari ini dengan lebih 1.2 juta dos vaksin telah diberikan sepanjang 150 hari beroperasi.
FMT

PPV WTCKL ditutup, tanda berakhir vaksinasi besar-besaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker