Bot karam, 10 pemancing dipercayai lemas di perairan Pulau Satang
Bot karam, 10 pemancing dipercayai lemas di perairan Pulau Satang
KUCHING: Seramai 10 pemancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki mereka dilaporkan karam pada kedudukan kira-kira 2 batu nautika dari perairan Pulau Satang di sini, tengah hari tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak Zin Azman Md Yunus berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) kesemua mangsa telah diaktifkan pada 12 tengah hari tadi setelah pihaknya menerima laporan menerusi panggilan MERS 999 daripada seorang pengadu.
“Bot Penyelamat 8 yang sedang beroperasi di sekitar perairan Santubong telah digerakkan ke lokasi kejadian dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) juga telah ditubuhkan di Jeti Awam Telaga Air.
“Keadaan laut dan cuaca di lokasi kejadian hari ini sedikit bergelora dengan kelajuan angin 20 hingga 30 kilometer sejam dan ketinggian ombak 1.5 hingga 2.0 meter. Pencarian juga meliputi kawasan 2 batu nautika sehingga 20 batu nautika dari perairan Pulau Satang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata SAR ditangguhkan pada 6.30 petang tadi setelah tiada sebarang petunjuk ditemui dan akan bersambung 7 pagi esok.
Zin Azman turut menasihati komuniti maritim agar membatalkan niat untuk ke laut sekiranya cuaca buruk.
“Sekiranya keadaan mendesak untuk ke laut, utamakan keselamatan dengan sentiasa memakai jaket keselamatan memandangkan keadaan cuaca di laut pada masa ini kurang baik terutamanya musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula dari Oktober 2021 hingga Mac 2022,” katanya. FMT
Bot karam, 10 pemancing dipercayai lemas di perairan Pulau Satang
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU