Pihak tokong mohon maaf isu rusuhan, tarik semula tuntutan pada tanah
Pihak tokong mohon maaf isu rusuhan, tarik semula tuntutan pada tanah
Tokong Chee How di Salak Selatan, Kuala Lumpur meminta maaf kepada pihak berkuasa dan orang ramai susulan rusuhan di hadapan tokong tersebut pada Selasa lalu.
Menurut pihak tokong berkenaan, mereka akan menarik semula tuntutan terhadap tanah tersebut dan akan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan dan Kementerian Pendidikan.
“Kami dengan rasa amat kesal dan memohon maaf berhubung kekeliruan dan kontroversi yang timbul dari insiden itu.
“Kami akan menyerahkan kunci pagar yang berdekatan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Kementerian Pendidikan agar mereka dapat melakukan kerja-kerja pembinaan yang sewajarnya,” kata tokong itu dalam satu kenyataan hari ini.
Kekecohan pada hari Khamis lalu dipercayai berpunca daripada pertikaian tanah, melibatkan sebahagian dari kompleks tokong yang dikatakan menduduki tanah kerajaan yang telah diperuntukkan untuk sekolah menengah yang sedang dalam pembinaan.
Polis mendakwa bahawa ketika pegawai PTG Kuala Lumpur datang untuk membuat pagar penghadang di sebelah tokong pada Selasa pagi, sekumpulan 20 hingga 30 orang menyerang anggota polis yang bertugas dan merosakkan jentolak yang berada di kawasan itu.
Pihak tokong itu juga berkata bahawa ia sanggup bertanggungjawab ke atas kejadian itu dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.
Setakat ini, 24 individu telah ditangkap berhubung rusuhan tersebut. Polis berkata suspek disiasat kerana melakukan rusuhan dengan senjata. Tiada nyawa yang terkorban dilaporkan.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon berkata dia menghargai usaha presiden Tokong Chee How, Yap Chee Fong yang memohon maaf dan menjelaskan situasi itu kepadanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Mah berkata pertemuan diadakan antara kementeriannya, Pejabat Tanah dan Galian, pihak berkuasa tempatan, serta pihak-pihak yang terlibat untuk menjelaskan pembinaan sekolah menengah baru di sebelah tokong tersebut.
Katanya, sekolah itu akan memberi manfaat kepada keperluan penduduk setempat kerana 7,000 unit rumah program perumahan rakyat (PPR) akan dibina berdekatan lokasi tersebut.
Mah menambah bahawa rancangan projek tersebut bermula pada tahun 2017 dan kementerian mendapati bahawa tanah rizab sekolah itu adalah lokasi paling strategik untuk membina sekolah menengah baru.
“Kejadian yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan polemik dan provokasi, diputar belit dengan fakta sebenar.
“Oleh itu, berdasarkan kenyataan dari Yap sebagai presiden tokong, saya menggesa supaya semua pihak untuk melihat kejadian ini secara menyeluruh dan rasional untuk kesejahteraan semua.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tokong yang berjanji untuk menyerahkan kunci pagar dan tanah itu kepada Pejabat Tanah dan Galian dan Kementerian Pendidikan kerana meneruskan kerja-kerja,” katanya. Mk
Pihak tokong mohon maaf isu rusuhan, tarik semula tuntutan pada tanah
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.