Tompok matahari medan magnet kuat dirakam di Langkawi

Tompok matahari medan magnet kuat dirakam di Langkawi

Imej tompok matahari yang mempunyai medan magnet kuat dan menghasilkan letusan suar suria kelas M3 telah dirakam di Observatori Negara Langkawi pada 23 September lalu.

Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, imej tompok matahari dikenali sebagai AR2871 itu diambil menggunakan penapis cahaya nampak.

“Penapis cahaya nampak membenarkan kita mencerap aktiviti matahari di lapisan fotosfera (permukaan matahari yang dilihat memancarkan cahaya).

“Tompok matahari merupakan kawasan paling sejuk di permukaan matahari iaitu sekitar 4,000 darjah Celsius,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Katanya, berdasarkan imej yang diperoleh melalui Satelit Balai Cerap Solar dan Heliosferik (SOHO) oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) menunjukkan suar suria berkenaan menghasilkkan hamburan jisim korona ke angkasa.

Menurutnya, korona merupakan lapisan paling luar atsmosfera matahari yang mempunyai suhu sangat tinggi mencecah 1,000,000 darjah Celsius.

“Bagaimanapun, ia tidak membawa kesan langsung terhadap planet Bumi,” katanya. K Online

Tompok matahari medan magnet kuat dirakam di Langkawi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker