Kerajaan perpaduan di Melaka bakal dibentuk?

Kerajaan perpaduan di Melaka bakal dibentuk?

Timbul spekulasi mengatakan bahawa kerajaan negeri baru atau kerajaan perpaduan baru dibentuk di Melaka yang dipimpin BN selepas parti kerajaan di negeri itu memberi tawaran kepada pembangkang.

Ia membawa kepada perbincangan yang diadakan semalam antara Adun Pakatan Harapan (PH) dan kepimpinan PH pusat yang dihadiri oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke malam tadi, lapor Sin Chew Daily.

Ketika dihubungi, Loke mengesahkan mengenai perbincangan yang diadakan antara pemimpin PH dan Adun dari gabungan mereka di pejabat Anwar di Petaling Jaya semalam.

“Mesyuarat yang diadakan hanya untuk membincangkan pendapat dan perkembangan terkini di Melaka. Tidak ada keputusan yang dibuat,” katanya.

Dia bagaimanapun menafikan menerima jemputan untuk PH membentuk kerajaan baru dengan parti kerajaan ketika ini.

“Tidak betul untuk mengatakan mereka ada beri tawaran,” katanya.

Loke enggan mengulas lanjut, terutama berkaitan dengan kemungkinan kedua-dua belah pihak bekerjasama dalam isu negari.

Laporan Sin Chew yang memetik sumber mengatakan bahawa Umno, Bersatu dan Adun bebas, menjemput PH untuk bekerjasama dan seterusnya memungkinkan kemungkinan perubahan kerajaan.

Laporan itu juga menatakan bahawa beberapa Adun, khususnya daripada DAP tidak setuju sekiranya PH bekerjasama dengan gabungan kerajaan negeri.

Bekas ketua menteri Melaka dan Adun Sungai Udang, Idris Haron dikatakan merupakan antara yang menyokong kerjasama dengan pembangkang.

Pemimpin lain yang disebut dalam laporan itu termasuk Adun Pantai Kundor Nor Azman Hassan, Adun Telatu Mas dari Bersatu, Noor Effendi Ahmad dan Adun bebas, Norhizam Hassan Baktee.

Sebanyak 11 Adun dijemput ke mesyuarat di pejabat Anwar semalam untuk membincangkan kemungkinan kerjasama dengan parti kerajaan di Melaka.

Dalam pertemuan itu, empat Adun DAP tidak setuju dengan prospek untuk membentuk pakatan berkenaan, dengan alasan kurangnya etika dan integriti politik. Mereka berpendapat bahawa kerjasama seperti itu tidak akan diterima secara meluas.

Idris dipetik sebagai menafikan bahawa parti kerajaan di Melaka akan bekerjasama dengan pembangkang.

Malasiakini juga menghubungi beberapa wakil Adun untuk memberi komen.

Minggu lalu, Ketua Menteri Sulaiman Md Ali mengatakan bahawa kerajaan negeri menawarkan perjanjian baru, yang terdiri daripada lima cadangan, kepada wakil rakyat pembangkang negeri, demi mencapai kestabilan politik, mengekang pandemik Covid-19 dan menghidupkan kembali ekonomi. Mk

Kerajaan perpaduan di Melaka bakal dibentuk?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker