Hakim kantoi hisap dadah di pejabat dipecat

Hakim kantoi hisap dadah di pejabat dipecat

JAKARTA: Seorang hakim di Mahkamah Daerah Rangkasbitung dipecat gara-gara didapati mengambil dadah ketika sedang bekerja di pejabatnya.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majlis Kehormatan Hakim (MKH) yang dipengerusikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Kehakiman, Amzulian Rifai di Bangunan Mahkamah Agung Jakarta.

“Menyatakan bahawa hakim berkenaan sudah terbukti melanggar peraturan nombor 5 butir 5.1.1 dan nombor 7.1.

“Keputusan Bersama Ketua Hakim Negara dan Ketua Suruhanjaya Kehakiman sebulat suara menjatuhkan hukuman dalam bentuk pemecatan secara tidak terhormat,” kata Amzulian ketika membacakan keputusannya kelmarin.

Ketika hukuman dibacakan, suspek diwakili Ikatan Hakim Indonesia (IKAHI) dan mengemukakan saksi pembelaan yang terdiri daripada bekas Timbalan Pengerusi Mahkamah Daerah Rangkasbitung, ibu serta isterinya yang juga bertugas sebagai hakim.

Lelaki berkenaan ditahan Badan Narkotik Kebangsaan (BNN) wilayah Banten ketika sedang menghisap dadah jenis methamphetamine di pejabat Pengadilan Daerah Rangkasbitung pada 17 Mei lalu.

Kes itu terbongkar apabila agensi berkenaan menerima maklumat mengenai penghantaran methamphetamine melalui ejen perkhidmatan penghantaran ke mahkamah itu.

Pasukan BNN Banten dengan bantuan Pejabat Kastam dan Eksais Wilayah Banten melakukan intipan sehingga berjaya menangkap hakim tersebut bersama beberapa lagi individu yang terlibat dalam penghantaran dadah berkenaan.

Pasukan penyiasat turut menemukan alat penyedut syabu, dua pemetik api gas dan bungkusan berisi dadah methamphetamine seberat 20.634 gram yang disimpan di dalam laci meja suspek di pejabatnya.

Hakim kantoi hisap dadah di pejabat dipecat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dia Suka Aksi Ganas & Minta Banyak Kali Sehari – Lucinta Luna

Perubahan wajah Rina Harun jadi bualan, dagu makin pelik

Wanita Mengadu Ebit Lew ‘Stop’ Bayarkan Rumah Sewa Hingga Dihalau

Kulit Kalis Api Neraka Ke? Sharifah Sakinah Diperli Netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker