Kerajaan Negeri Melaka bergolak

Kerajaan Negeri Melaka bergolak

MELAKA: “Tunggu berita petang ini.”

Demikian jawapan ringkas Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Melaka, Ahmad Bilal Rahudin yang memaklumkan kepada Utusan Malaysia bahawa, berita berhubung pergolakan dalam kerajaan negeri ada disampaikan oleh seorang wakil rakyat kepadanya.



Bagaimanapun, identiti ahli dewan undangan negeri (ADUN) itu dan daripada parti mana tidak didedahkan.

“Ada seorang YB (yang berhormat) beritahu akan ada berita petang ini. YB mana saya tidak boleh beritahu,” katanya ketika dihubungi.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, spekulasi kini bertiup kencang mendakwa, Kerajaan Negeri Melaka yang diterajui UMNO bakal tumbang pada bila-bila masa.

Ini berikutan empat ADUN kerajaan dikatakan akan melompat ke Pakatan Harapan (PH).



Utusan turut difahamkan, keempat-empat ADUN berkenaan sudah menandatangani akuan bersumpah (SD).

Setakat berita ini ditulis, Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari yang sudah dihubungi belum memberikan sebarang respons berkenaan perkara ini.

Dalam pada itu, Ahmad Bilal yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka menambah, beliau tidak boleh mengulas lanjut mengenai kemelut berkenaan kerana tidak mendapat maklumat yang lengkap.

Ujarnya, menurut sumber, memang terdapat perbincangan dilakukan pihak tertentu untuk menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali.



“Yang pasti tidak melibatkan Pas kerana Pas tidak ada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Saya pun tidak boleh komen kerana tidak ada maklumat,” jelasnya. Utusan

Kerajaan Negeri Melaka bergolak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker