UMNO pertahan kerusi PRU-14, pisang tidak berbuah dua kali – Zahid

UMNO pertahan kerusi PRU-14, pisang tidak berbuah dua kali – Zahid

UMNO memberi jaminan akan mempertahankan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang lalu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu adalah seperti yang diputuskan secara sebulat suara dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tahun lalu.



Katanya, parti itu tidak berkompromi terhadap mana-mana kerusi yang dimenangi mereka dalam PRU14 lepas.

“Ketetapan ini bukan hanya oleh MKT, tetapi ia lahir dari suara akar umbi yang mahu UMNO menjadi dominan semula selepas PRU-15.

“Dominan bukan pula bermaksud angkuh, tetapi kewajipan mengembalikan UMNO sebagai sebuah parti yang menjadi teras kepada pentadbiran kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, UMNO parti terbesar bangsa Melayu dan parti terbesar di negara ini, maka kemenangannya sangat signifikan dalam memastikan kestabilan yang kukuh.



Bagaimanapun katanya, UMNO sedia maklum akan ada parti lain bertanding di kawasan sama dan ia adalah lumrah sebuah negara demokrasi.

“Namun jangan sesekali memperkecilkan kekuatan UMNO dan para akar umbinya bangkit. Rakyat mengerti antara kebenaran dan kepalsuan.

“Mereka melihat dengan jelas apa yang berlaku selepas PRU-14. Pisang tidak berbuah dua kali. Cukup-cukup sudah apa yang terpaksa mereka lalui sejak 9 Mei 2018,” katanya. Utusan

UMNO pertahan kerusi PRU-14, pisang tidak berbuah dua kali – Zahid




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker