Rakyat Sabah dan Sarawak Juga Mahu Diutamakan, Kempen Beli Barangan Bumiputera Bukan Rasis

Rakyat Sabah Juga Mahu Diutamakan, Kempen Beli Barangan Bumiputera Bukan Rasis

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohammad Azmi Amir Hussin menegaskan bahawa kempen mengutamakan beli barangan Bumiputera bukan rasis sebagaimana dakwaan segelintir pihak.

Katanya, sudah tentu ini bukannya boikot kepada barangan keluaran lain tapi ianya cuma memberi pilihan kepada pembeli untuk membeli barangan dari pengeluar bumiputera.

“Di Sabah perkara ini amat disambut baik sekali kerana selama ini produk bumiputera dari Sabah agak sukar untuk bersaing kerana ada pihak lain memonopoli barangan harian dan mengawal daripada pengilang sehinggalah kepada penjual,” katanya katanya kepada UMNO-Online.

Terang beliau, membeli barangan cara begini bukanlah baru berlaku bahkan sudah lama kaum lain menggunakan cara ini untuk membantu ekonomi kaum mereka namun malangnya apabila bumiputera yang melakukan perkara sama sebagaimana kaum lain maka dianggap rakyat bumiputera bersifat rasis.

“Kempen membeli barangan keluaran bumiputera mendapat sokongan berbagai lapisan rakyat di sini.”

Tegas beliau, monopoli hanya satu-satu kaum yang menjadi pengeluar telah menyebabkan harga barangan harian di Malaysia tidak dapat dikawal.

“Syukur rakyat Malaysia sudah mula sedar dengan cara ini. Kita dapat memberi tekanan kepada ‘tauke-tauke’ yang memonopoli agar mereka menurunkan harga barangan supaya dapat menarik pembeli untuk membeli barangan mereka.

“Selama ini mereka lakukan macam-macam terhadap bangsa mereka dan dibolehkan tapi bila bumiputera yang melakukan kempen mengutamakan barangan mereka kenapa pula ianya digelar rasis?hari ini.

“Ingat… majoriti kuasa membeli adalah bumiputera kerana mereka kaum majoriti di negara ini. Jangan cuba singkirkan mereka dari ekonomi maka hari ini mereka melawan semula,” katanya lagi. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker