Saya mangsa akta dana politik – Ahmad Maslan

Saya mangsa akta dana politik – Ahmad Maslan

Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mendakwa dirinya menjadi mangsa akta dana politik yang tidak diaktakan membabitkan pertuduhan gagal mengisytiharkan wang RM2 juta.

Beliau bagaimanapun bersyukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam membebaskannya atas dua pertuduhan gagal mengisytiharkan wang yang diterima daripada bekas perdana menteri, Najib Razak dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), selepas beliau membayar kompaun RM1.1 juta.



“Saya adalah mangsa kerana akta dana politik tidak diakta, mujur semalam saya dibebaskan dan dilepaskan tapi kena bayar kompaun,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.

Kenyataan Ahmad dipersoal Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) dengan bertanya mengapa perlu membayar kompaun sekiranya Setiausaha Agung Umno itu menjadi mangsa.

“Kalau mangsa kenapa nak bayar kompaun RM1.1 juta?” soal Poay.

Ahmad Maslan kemudian menjelaskan beliau telah ditawarkan kompaun pada Okt 2019, namun memilih untuk melawan kes itu di mahkamah.



“Saya telah ditawarkan kompaun, apabila saya ditawarkan kompaun pada Okt 2019, saya lawan kerana ada yang dikompaun dapat RM50,000 dikompaun 50 kali ganda oleh SPRM.

“Saya rasa Langkawi (bekas perdana menteri zaman PH, Dr Mahathir Mohamad) pada ketika itu pun tidak tahu tentang perkara ini. Ada orang yang terima RM100,000 dikompaun 25 kali ganda, maka saya lawan ketika itu.

“Tapi saya lihat lambat sangat proses, jadi saya mengaku kepada SPRM saya terima RM1.1 juta, saya tidak mengaku saya terima RM2 juta kemudian saya tanya kepada Ahli Parlimen Pekan (Najib Razak), dia mengesahkan saya terima RM1.1 juta. Apabila terima wang itu dan oleh kerana saya telah membayar kompaun maka saya dilepas dan dibebas,” katanya.

Ahmad berkata, keputusan dibuat mahkamah semalam juga perlu dihormati.



Tidak berpuas hati dengan penjelasan Ahmad, Poay sekali lagi bangkit mencelah sebelum dihalang Speaker, Azhar Azizan Harun yang memberi amaran supaya tidak mengganggu ucapan perbahasan Ahli Parlimen Pontian itu. FMT

Saya mangsa akta dana politik – Ahmad Maslan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker