Khairy senaraikan punca kes BID
Khairy senaraikan punca kes BID
Pesakit bergejala atau kontak rapat enggan menjalani ujian calitan, gagal mendapatkan pengangkutan atau ambulans susulan bilangan kes tinggi dan kapasiti berlebihan di pejabat kesihatan daerah (PKD) antara faktor kematian di luar hospital (BID), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Jempol Mohd Salim Sharif, Khairy berkata, bermula 1 Mei hingga 22 Ogos lalu sejumlah 217 BID direkodkan, dengan 150 daripadanya dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kecil Pemantauan Kematian Covid-19.
Jawatankuasa itu mendapati kebanyakan kes BID yang berlaku membabitkan individu yang masih belum hadir ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) untuk penilaian, merangkumi sejumlah 110 kes atau mewakili 73%.
Daripada jumlah itu, sebanyak 47 kes telah dinotifikasi ke PKD, manakala 63 kes belum dinotifikasi ke PKD.
“Hanya sejumlah 40 kes BID berlaku dalam kalangan pesakit yang berada dalam pemantauan oleh CAC,” katanya.
Khairy berkata, faktor penyumbang kes BID yang berlaku di peringkat PKD dan CAC, membabitkan pesakit belum diberi tarikh temujanji di CAC disebabkan peralihan antara PKD, kelewatan PKD membuat verifikasi kes yang dinotifikasi kerana bebanan kes tinggi, berbanding sumber manusia yang ada.
“PKD tidak dapat menghubungi pesakit kerana maklumat yang tidak lengkap ataupun nombor telefon yang salah, kes yang telah diberi tarikh temujanji di CAC, tetapi menunggu untuk kemasukan ke wad kerana bilangan katil yang telah penuh digunakan,” katanya.
Katanya, selain itu pesakit juga enggan dirujuk ke hospital, termasuk pesakit mengalami kemerosotan tahap kesihatan dalam tempoh singkat semasa dalam pengawasan di rumah.
Menurutnya, susulan isu yang dikenal pasti, beberapa langkah pencegahan dan penambahbaikan dalam proses kerja di CAC serta pemantauan pesakit Covid-19 yang diletakkan bawah pemantauan dan pengawasan di rumah
“Memperkukuhkan proses kerja di CAC dalam mengenalpasti kes yang sesuai untuk menjalani pemantauan dan pengawasan di rumah terutamanya kategori 1 dan kategori 2.
“Manakala, kes berisiko tinggi seperti warga emas, mempunyai komorbid dan imuniti yang rendah akan dirujuk ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital,” katanya.
Beliau berkata, antara inisiatif lain dilaksanakan meliputi pengukuhan komunikasi antara petugas kesihatan dan pesakit bagi menilai keadaan semasa pesakit serta membantu mereka memaklumkan kemerosotan gejala yang dialami.
“Memastikan pesakit memaklumkan tahap kesihatan serta perubahan gejala menggunakan Health Assessment Tool (HAT) sehingga habis tempoh kuarantin,” katanya.
Ia termasuk melaksanakan “virtual CAC” untuk individu disahkan positif wabak, tetapi tidak bergejala di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, serta Seremban, Negeri Sembilan.
Khairy berkata, pegawai perubatan akan sentiasa membuat penilaian keadaan pesakit secara maya dari semasa ke semasa. FMT
Khairy senaraikan punca kes BID
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Mat Sabu tegur Anwar hina kerajaan disokong ulama, sekali Azalina mencelah