Syed Saddiq tidak setuju dengan pegangan ekuiti oleh bumiputera
Syed Saddiq tidak setuju dengan pegangan ekuiti oleh bumiputera
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mempersoalkan rancangan kerajaan untuk meningkatkan pegangan ekuiti bumiputera yang menurutnya dengan meminggirkan warga Malaysia yang lain.
Membangkitkan yang 45.5 peratus ekuiti dipegang entiti asing, Syed Saddiq berkata langkah itu tidak adil untuk warga bukan bumiputera.
Ini kerana syarikat milik asing juga diberi pengecualian terhadap peraturan itu, katanya.
“Semalam dalam ucapan perdana menteri, dia sendiri akui yang ekuiti (dipegang) bukan warga Malaysia adalah 45.5 peratus.
“Tetapi jalan penyelesaian (untuk tingkatkan pegangan ekuiti bumiputera) adalah dengan ambil ekuiti dari rakyat bukan bumiputera dan beri kepada bumiputera.
“Di mana keadilannya? Kita lebih pentingkan warga negara asing berbanding rakyat Malaysia sendiri (hanya) kerana mereka tak dilahirkan sebagai orang Melayu dan Islam,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 semalam, Ismail Sabri Yaakob berkata pemilikan ekuiti korporat oleh bumiputera sehingga 2019 adalah sebanyak 17.2 peratus, dengan bukan bumiputera memiliki 25 peratus sementara 45.5 peratus dipegang oleh entiti asing dan 12.3 peratus adalah ‘saham nominee’
Isu pemilikan ekuiti bumiputera kembali diperkatakan sejak minggu lalu, di tengah perancangan agar 51 peratus pegangan ekuiti dalam syarikat tempatan yang menceburi Perkhidmatan Logistik Bersepadu Antarabangsa (IILS) dipegang bumiputera.
Ia mencetuskan bantahan daripada Persekutuan Penghantar Fret Malaysia (FMFF), yang antara lain berkata sukar untuk mencari syarikat bumiputera yang mahu membeli pegangan mereka pada masa ini.
Ia juga berkata peraturan itu akan meletakkan syarikat tempatan yang terlibat dalam IILS dalam keadaan sukar kerana peraturan sama tidak terpakai terhadap syarikat luar.
Hari ini, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata peraturan itu ditangguh ke akhir tahun depan, bagi membolehkan ia terus dinilai unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).
Semalam kerajaan juga menyatakan rancangan untuk menetapkan penjualan saham atau syarikat bumiputera hanya ditawarkan kepada konsortium, syarikat atau individu bumiputera lain. Mk
Syed Saddiq tidak setuju dengan pegangan ekuiti oleh bumiputera
Baca Artikel Menarik :
- 37,415 perniagaan gulung tikar akibat COVId-19
- FIFA kagum gol roket Tae Su Sabah FC(Video)
- Wang RM13 juta mungkin dipindah bagi penyelidikan kanser – Mukhriz
- Bung mohon maaf di Dewan Rakyat
- Najib Disalahkan i-Citra Belum Dinaikkan ke RM10ribu
- Kenapa Zeti Sibuk Beri “Amaran” kepada TH Sedangkan TH Bukan Bawah Pemantauan BNM
- Khalid mengaku keluarkan surat sokongan
- Elizabeth Tan jadi mangsa buli, gantung tanpa tali
- Bunyi dentuman, macam letupan, 3 maut
- Harap Ismail betulkan tiga kesilapan dilakukan PH
- PU Syed Tegur Caprice “Bersumpah Dengan Nama Allah Atau Lebih Baik Diam”
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas