Umno tak gentar Anwar bertanding di Perak – Shaarani
Umno tak gentar Anwar bertanding di Perak – Shaarani
Ketua Umno dan Barisan Nasional (BN) Perak, Saarani Mohamad berkata, parti itu tidak gentar dengan laporan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ditawarkan bertanding di negeri berkenaan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) bagi mengukuhkan kedudukan PKR di sana.
Saarani yang juga Menteri Besar Perak secara sinis berkata, laporan itu akan membolehkan pihaknya membuat persediaan awal.
Katanya, Malaysia adalah negara demokrasi yang membenarkan sesiapa sahaja bertanding di mana-mana kawasan Parlimen.
“Baguslah beritahu awal, jadi kami boleh buat persiapan awal. BN dan Umno tak gentar dengan perkara ini.
“Politik ini adalah ‘art’ (seni yang memungkinkan apa sahaja berlaku). Politik ini sangat dinamik, tetapi itulah dia beritahu awal, kita pun bersiap awallah,” katanya dipetik Utusan Malaysia selepas melawat kawasan terjejas akibat ribut di daerah Manjung, hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lumut yang juga Setiausaha Agung Amanah, Mohd Hatta Ramli yang turut hadir dalam sidang akhbar itu, berseloroh mengenai tindakan PKR Perak mempelawa Anwar bertanding di negeri itu.
“Kenapa pecahkan rahsia lebih awal,” kata Hatta.
Semalam, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dilaporkan membuat tawaran itu dalam mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri baru-baru ini, sebagai langkah untuk mengukuhkan usaha parti berkenaan menawan negeri terbabit.
Katanya, kehadiran nama besar seperti Anwar di Perak akan memudahkan PKR menawan negeri itu dan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dikatakan sangat responsif serta positif dengan pelawaan itu.
Dalam perkembangan lain, Saarani menyifatkan cadangan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Muhyiddin Yassin agar ia ditubuhkan di peringkat negeri dan daerah adalah bagus, tetapi tidak pasti dengan pelaksanaannya.
Ini kerana, katanya, terdapat Jawatankuasa Tindakan Daerah yang dipengerusikan Pegawai Daerah untuk membincangkan semua perkara, khususnya cadangan pembangunan dan permasalahan di peringkat daerah.
“Di Perak, malah kita membenarkan wakil rakyat pembangkang turut serta dalam jawatankuasa itu. Jadi, jika dibuat (jawatankuasa) lain pula, maka orang yang sama, ketua jabatan yang sama akan datang (dalam mesyuarat), jadi mekanisme sudah ada.
“Kita ada Jawatankuasa Tindakan Negeri, manakala majlis daerah juga ada ahli majlis dalam mesyuaratnya membincangkan tajuk yang sama, bagaimana mahu membangunkan negeri dan daerah, itu yang dibincangkan.
“Cadangan itu (MPN negeri dan daerah) bagi saya tidak salah, cuma kenapa mahu tubuh mekanisme baharu, sedangkan sudah ada mekanisme itu, kita perkasakanlah mekanisme (sedia ada) itu.” FMT
Umno tak gentar Anwar bertanding di Perak – Shaarani
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS
You must be logged in to post a comment.