‘Kiamat Iklim’ makin hampir

‘Kiamat Iklim’ makin hampir

Malaysia tidak terkecuali daripada menghadapi kesan daripada situasi paras laut meningkat, ekosistem terganggu, kejadian cuaca ekstrem yang lebih kerap dan perubahan iklim.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata, pemanasan global menyebabkan ketidakseimbangan ekosistem di bumi berikutan daripada proses peningkatan suhu di atmosfera, lautan dan daratan.



Menurutnya, antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan suhu yang membawa kepada pencairan ais di kutub adalah adalah peningkatan gas rumah kaca akibat aktiviti manusia.

“Berdasarkan laporan Third National Communication and Second Biennial Update Report yang dikeluarkan oleh negara untuk Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC), unjuran dibuat bagi Suhu Purata Tahunan sehingga 2030 dan 2050 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

“Unjuran untuk 2030 bagi Semenanjung Malaysia 26.0 darjah Celsius hingga 27.4 darjah Celsius iaitu peningkatan antara 0.6 darjah Celsius hingga 0.9 darjah Celsius; Sabah 25.3 darjah Celsius hingga 26.9 darjah Celsius iaitu peningkatan 0.8 darjah Celsius hingga 10 darjah Celsius; Sarawak 25.6 darjah Celsius hingga 26.8 darjah Celsius iaitu peningkatan 0.6 darjah Celsius hingga 0.8 darjah Celsius.

“Unjuran untuk 2050 bagi Semenanjung Malaysia 26.6 darjah Celsius hingga 28.1 darjah Celsius iaitu peningkatan 1.2 darjah Celsius hingga 1.6 darjah Celsius; Sabah 25.7 darjah Celsius hingga 27.4 darjah Celsius iaitu peningkatan 1.3 darjah Celsius hingga 1.4 darjah Celsius; Sarawak 26.4 darjah Celsius hingga 27.5 darjah Celsius iaitu peningkatan 1.3 darjah Celsius hingga 1.6 darjah Celsius,” katanya.



Muhammad Helmi berkata, peningkatan suhu yang berterusan itu menunjukkan bahawa pemanasan global bukan sahaja memberi impak di kawasan kutub, tetapi turut membabitkan negara ini.

Beliau mengulas kenyataan Ikon Ais Kutub Utara Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang dilaporkan berkata, hasil pemerhatian beliau semasa beberapa kali ke Kutub Utara dan Antartika mendapati ais semakin mencair, gunung berapi kini mula aktif di Antartika dan suhu di Kutub Utara pula bukan membeku, tetapi hanya suam sahaja.

Dr Sharifah Mazlina dilaporkan berkata, semua petunjuk itu adalah kesan daripada pemanasan global, yang tidak pernah berlaku, tetapi semakin mendekatkan negara dunia, tanpa terkecuali Malaysia kepada iklim paling ekstrem yang beliau panggil ‘kiamat iklim.’

“Melihat kepada perkembangan itu semua, berbaki 18 tahun lagi dari sekarang iaitu pada 2040, dunia mungkin alami kiamat iklim yang akan turut sama menjejaskan Malaysia,” katanya memetik temubualnya dengan sebuah stesen televisyen, baru-baru ini dan klip itu tular di media sosial. HM



‘Kiamat Iklim’ makin hampir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung



Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker