Salah potong rambut, model terima pampasan RM1.13 juta

Salah potong rambut, model terima pampasan RM1.13 juta

NEW DELHI: Seorang model menerima pampasan sebanyak 2 crore rupee (RM1.13 juta) hanya kerana tidak berpuas hati dengan gaya potongan rambutnya di sebuah salon terkemuka di India.

Lapor The Sun, insiden itu berlaku pada 2018 ketika Aashna Roy mahu memotong rambutnya di sebuah salon di Delhi.

Ketika kejadian, model berusia 42 tahun itu meminta tukang gunting di salon terletak di Hotel Maurya Sheraton untuk memotong rambutnya sepanjang empat inci.

Pada mulanya, Aashna diminta untuk menanggalkan cermin mata ketika tukang gunting sedang memotong rambutnya.

Namun, selepas Aashna memakai semula cermin matanya, dia mendapati rambutnya dipotong terlalu pendek.

Akibat kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasil tukang gunting itu, Aashna melaporkan kepada pengurus salon.

“Pihak pengurusan salon menawarkan sambungan rambut dan rawatan rambut secara percuma.

“Tetapi selepas itu, Aashna mengadu rawatan itu merosakkan kulit kepala dan rambutnya,” jelas laporan tersebut.

Dia juga mendakwa pekerja di salon itu sering berkelakuan kurang sopan dan biadap.

Aashna kemudian membuat aduan mengenai isu tersebut di Suruhanjaya Penyelesaian Pertikaian Pengguna Nasional (NCDRC).

Selepas siasatan dijalankan, NCDRC mengarahkan pihak pengurusan salon membayar pampasan 2 crore rupee kepada Aashna kerana telah menyebabkannya mengalami trauma.

Salah potong rambut, model terima pampasan RM1.13 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker