Perlukah Bercakap Benar

Perlukah Bercakap Benar

Bercakap benar adalah sifat yang sangat terpuji. Nabi s.a.w sering menasihatkan kita untuk sentiasa bercakap benar. Hanya dengan kebenaran sahaja mampu menangkis segala godaan syaitan. Kisah seorang lelaki jahat yang menjadi baik hanya dengan bercakap benar ini mungkin boleh menjadi pedoman.

Pada satu hari, datang seorang lelaki berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. Dengan muka bersahaja dia berkata, “Wahai Nabi Allah, aku punyai banyak perangai buruk. Yang mana aku patut ubah dulu?” Nabi s.a.w bersabda, “Jangan bohong dan berusahalah untuk bercakap benar.” Lelaki itu pun berjanji dengan Baginda s.a.w untuk bercakap benar. Lalu, dia pun pulang ke rumah.

Malam itu, lelaki tadi merancang untuk keluar mencuri. Sebelum memulakan langkahnya, tiba-tiba dia teringat janjinya dengan Nabi s.a.w siang tadi.

“Kalau esok Nabi s.a.w tanya apa aku buat malam tadi, aku nak cakap apa? Tak mungkin aku nak mengaku keluar mencuri? Tak boleh, aku tak boleh cakap begitu. Tapi aku tak boleh menipu. Kalau aku cakap benar, mesti semua orang benci aku dan panggil aku pencuri. Aku pasti akan dihukum nanti,” bisik hatinya. Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk mencuri.

Hari berikutnya, lelaki itu terasa mahu minum arak. Ketika dia memegang botol tersebut untuk minum, tiba-tiba dia berkata pada dirinya, “Apa aku nak cakap kalau Nabi s.a.w tanya apa yang aku lakukan hari ini? Aku tak boleh menipu. Tapi kalau aku cakap benar, mesti semua orang benci aku sebab orang Islam tak boleh minum arak,’ desis hatinya. Lelaki itu pun membatalkan niatnya untuk minum arak.

Pendek kata, setiap kali dia ingin melakukan apa saja kejahatan, dia pasti teringatkan janjinya dengan Rasulullah s.a.w. Sepanjang masa hanya itu yang diulang. Secara tidak langsung, satu-persatu perangai buruknya berjaya ditepis. Akhirnya, lelaki itu berjaya menjadi seorang Muslim yang baik dengan personaliti yang menarik. Utv

Perlukah Bercakap Benar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker