Tak dibenar berniaga kerana belum vaksin, peniaga cabar majlis daerah di mahkamah

Sebaran :

Tak dibenar berniaga kerana belum vaksin, peniaga cabar majlis daerah di mahkamah

Seorang pengusaha gerai makan di Pasar Besar Ranau mencabar keputusan dan arahan Majlis Daerah Ranau yang hanya membenarkan individu lengkap divaksin berniaga di pasar berkenaan.

Naomi Neomi Francis, 55, memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Majlis Daerah Ranau di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini.

Naomi berkata, beliau berbuat demikian kerana merasakan dirinya mangsa keadaan.

Katanya, SOP itu jelas melanggar hak kebebasan dan kesamarataan seperti yang terkandung dalam Perkara 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan.


Naomi Neomi Francis.

“Lagipun, vaksin Covid-19 masih dalam kajian serta ujian, kenapa saya perlu mengambilnya jika saya masih was-was dan ianya juga bukan mandatori bagi setiap individu mengambilnya.

“Keputusan untuk mencabar arahan pihak berkuasa itu juga saya buat bagi mewakili rakan-rakan atau pihak lain yang tidak menerima vaksin, kami mengalami kesukaran itu melakukan apa jua urusan di luar sana.

“Saya juga ingin tegaskan yang saya bukan antivaksin, saya cuma mahu keselamatan untuk diri saya,” katanya kepada FMT.

Naomi berkata, beliau mengendalikan gerai makan terbabit sejak 2011 dan pendapatannya sangat terjejas selepas Covid-19 melanda negara.

Katanya, perniagaannya baru mula meningkat sedikit beberapa bulan lalu, tetapi SOP terbaharu itu mungkin menyebabkan beliau gulung tikar.

“Sebab itu saya mahu mencabar arahan Majlis Daerah Ranau, SOP yang dikeluarkan jelas melanggar Perlembagaan.

“Saya harap keputusan akan berpihak kepada saya, sebagai seorang yang enggan menerima vaksin, banyak kesukaran yang dihadapi, tetapi saya ingin jelaskan, kenapa saya perlu ambil vaksin jika saya was-was.

“Mengikut Islam, apa-apa makanan walaupun bukan yang haram akan menjadi haram, jika kita ‘geli’ untuk memakannya, sama juga seperti vaksin, kalau saya was-was tapi tetap mengambilnya, ia juga menjadi haram bagi saya.”

Terdahulu, Majlis Daerah Ranau mengeluarkan SOP baharu yang mula berkuat kuasa 21 Sept lalu, dengan pengusaha dan pembantu yang lengkap divaksin dibenarkan meneruskan perniagaan mereka.

Naomi sebelum ini dikenakan notis amaran, sebelum kompaun dikeluarkan Majlis Daerah Ranau kerana menjalankan perniagaan tanpa mendapatkan vaksin.

Sekiranya gagal mematuhi arahan berkenaan, Naomi bakal dikompaun RM2,000 hingga RM50,000.

Peguam Marcel Jude Joseph yang mewakili Naomi ketika dihubungi berkata, semakan kehakiman itu akan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Ismail Brahim secara e-Review pada 28 Okt ini.

Naomi mengucapkan terima kasih kepada Marcel kerana sudi membantunya memperjuangkan isu berkenaan. FMT

Tak dibenar berniaga kerana belum vaksin, peniaga cabar majlis daerah di mahkamah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fat Leonard dari Malaysia bakal bocor rahsia skandal rasuah terburuk Tentera Laut AS


Sebaran :

Leave a Reply