Dulu kapcai kini Mustang
Dulu kapcai kini Mustang
Alor Setar: Dulu pempengaruh laman sosial, Muhammad As-Shaffat Zura, 25, yang terbabit dalam perniagaan telefon bimbit hanya menunggang kapcai sebelum menyewa kereta untuk menghantar barangan ditempah pelanggan.
Dia terpaksa menyewa kereta sebagai strategi pemasaran kerana mahu meyakinkan pelanggan tentang produk jualannya.
Kini, Muhammad As-Shaffat memiliki sebuah kereta sport mewah Ford Mustang hasil kejayaan perniagaannya.
“Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan, sewa kereta adalah alternatif untuk meyakinkan mereka,” katanya.
Muhammad As-Shaffat, 25, berkata, dia menyewa kereta sebelum ini bukan bertujuan menunjuk-nunjuk, tetapi lebih kepada kaedah pemasaran dalam melariskan jualan dan menarik pelanggan.
Anak sulung daripada empat beradik yang kini menetap di Mergong pernah menyewa pelbagai jenis kereta model tempatan dan luar negara serta menghabiskan RM10,000 bagi tujuan itu.
“Sebelum ini, saya hanya menunggang motosikal dan mencari rezeki sebagai ejen telefon pintar. Saya hanya tunggang motosikal untuk menghantar barangan kepada pelanggan yang membeli secara bayar selepas terima (COD) di kawasan berhampiran rumah.
“Bagaimanapun, ada pelanggan tinggal di luar kawasan dan saya perlu menyewa kereta ketika bertemu serta berurusan dengan mereka.
“Saya lakukannya tanpa dipengaruhi sesiapa kerana melihat itu satu cara untuk meningkatkan kepercayaan pelanggan selain menarik penyertaan ejen baru. Ini kerana ada orang mahu lihat hasil dan tidak percaya jika kita sekadar bercakap saja,” katanya.
Lazimnya, Muhammad As-Shaffat akan menyewa kereta untuk tempoh seminggu dengan kadar serendah RM80 sehari bergantung kepada model kenderaan.
Katanya, dia tidak menyasarkan kereta mewah sebaliknya apa juga model kenderaan yang dirasakannya selesa dan menarik.
“Antara model kereta keluaran tempatan pernah saya sewa adalah Perodua Myvi dan Alza.
“Paling lama seminggu dan akan disambung semula untuk minggu berikutnya jika ada keperluan.
“Kenderaan paling mahal pernah saya sewa ialah kereta sport mewah Nissan Fairlady 350z pada kadar RM3,000 seminggu. Saya sewa ketika itu kerana teringin merasai pengalaman memandunya,” katanya.
Meskipun begitu, Muhammad As-Shaffat tidak pernah berkongsi gambar kereta yang disewanya di laman sosial.
“Saya tidak melihat ada keperluan memuat naik gambar kereta itu di laman sosial walaupun tiada siapa tahu saya menyewanya.
“Ini kerana ia bukan kepunyaan saya jadi untuk apa menunjuk barangan yang bukan milik saya di laman sosial,” katanya.
Hasil kerja kerasnya, Muhammad As-Shaffat berkata, dia tidak lagi menyewa kereta sebaliknya sudah membeli sebuah Ford Mustang dua minggu lalu.
“Saya pernah diperlekehkan sebelum ini, malah digelar sebagai budak TikTok yang tiada masa depan untuk berjaya. Kini, saya buktikan saya juga mampu memperoleh apa yang diinginkan hasil titik peluh sendiri.
“Bagi saya, terpulang bagaimana seseorang pempengaruh itu memasarkan diri atau perniagaan mereka termasuk jika mahu menyewa kereta, sekalipun kerana ia sebenarnya beri motivasi untuk kita berusaha keras.
“Bagaimanapun, jangan sampai menipu dengan mendakwa kereta sewa itu kepunyaan kita kerana lambat laun, orang akan tahu,” katanya yang kini turut aktif dalam pelaburan tukaran mata wang asing. HM
Dulu kapcai kini Mustang
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
Ibu Sumpah Laknat Anak Kena Gangguan Seksual Pendakwah [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.