Rumah yang menjadi inspirasi filem ‘The Conjuring’ dijual pada harga AS$1.2 juta

Rumah yang menjadi inspirasi filem ‘The Conjuring’ dijual pada harga AS$1.2 juta

TIDAK takut pada hantu atau apa saja entiti yang boleh menyergah depan mata pada waktu malam gelap?

Sebuah rumah ladang yang dikatakan berhantu di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS), dengan kisah kejadian seramnya menjadi inspirasi pembikinan filem The Conjuring pada tahun 2013, sudah memasuki pasaran jualan hartanah pada Khamis, lapor AP.

Rumah 14 bilik dan berkeluasan 3,100 kaki persegi itu disenaraikan pada harga AS$1.2 juta (RM5.03 juta).

Syarikat hartanah juga memperkenalkan rumah yang terletak di atas bidang tanah seluas 3.5 hektar di Burrillville itu sebagai ‘salah sebuah rumah berhantu yang paling dikenali di seluruh AS’.

“Kisah legenda menyatakan, rumah itu dihantui entiti bernama Bathsheba Sherman, yang pernah menghuni rumah itu sekitar tahun 1800-an. Sehingga ke hari ini, banyak kejadian yang telah dilaporkan di dalam rumah itu,” ujar syrikat berkenaan.

Di AS, adalah normal bagi sesetengah syarikat jualan hartanah untuk mendedahkan jika kediaman yang hendak dijual itu mempunyai kisah mengerikan atau berhantu. Pendedahan itu menarik golongan pembeli tertentu yang menyukai kisah sejarah yang pelbagai, dan juga mereka yang menganggap hal paranormal bukan suatu masalah.

Filem The Conjuring bagaimanapun tidak menjalani penggambaran di rumah itu, namun dibikin berdasarkan pengalaman keluarga Perron yang pernah mendiami rumah berkenaan pada tahun 1970-an.

Kali akhir, rumah itu dijual pada tahun 2019 pada harga AS$439,000 kepada sebuah keluarga yang melabelkan diri mereka sebagai penyiasat paranormal. Mereka malah menganjurkan acara, dan menyewakan bilik untuk tetamu yang berharap menerima kejutan ‘dihantui’.

Sebelum itu, pemiliknya tidak pernah mengadu tentang kehadiran ‘hantu’, namun sebaliknya mengeluh apabila peminat filem tersebut kerap menceroboh kawasannya tidak kira waktu.

Rumah yang menjadi inspirasi filem ‘The Conjuring’ dijual pada harga AS$1.2 juta


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker