Resepi Ayam Goreng Kari Terlajak Sedap
Resepi Ayam Goreng Kari Terlajak Sedap
Resepi kali ini merupakan sebuah resepi berasaskan ayam. Ayam adalah salah satu sumber protin paling popular diseluruh dunia. Ia menguasai hampir semua jenis menu, dari menu makan utama sehinggalah snek. Ia dimasak dengan pelbagai cara daripada membakar,mengoreng,mengukus, tumis,kuah, bbq dan sehingga tidak cukup satu muka surat untuk menyenaraikannya.
Namun begitu, tukang masak sememangnya tidak pernah ketandusan idea unuk mempelbagai cara memasak ayam ini. Kali ini kita kongsikan resepi ayam goreng kari bersama kentang. Salah satu resepi mudah tetapi lain dari yang lain. Mari lihat bahan-bahan yang diperlukan didalam resepi ini.
Bahan utama
½ ekor ayam saiz sederhana (potong sederhana besar,perasakan dengan garam dan kunyit))
3 biji kentang dipotong baji
Bahan kisar (A)
3 ulas bawang putih
5 bawang merah
½ inci halia
10 biji cili padi
Bahan hiris dan tumis (B)
2 batang serai (tumbuk pecah)
1 pelepah daun kari (atau segenggam daun kari kering)
1 biji bawang holland/bawang besar
Bahan C
3 sudu besar rempah kari daging + 1 sudu besar kari ikan
(Tambahkan sedikit air agar ia menjadi pes)
Kaedah
Mula-mula goreng ayam tetapi jangan terlalu garing, sekadar masak sahaja.
Kemudian goreng kentang sehingga ia garing dan empuk.
Ketepikan kedua ini.
Tumiskan bahan-bahan B sehingga ia naik bau.
Kemudian tumiskan bahan A pula dan goreng sehingga semua bahan layu dan berbau wangi.
Selepas itu masukkan bahan C dan masak sehingga rempah naik minyak, tambahkan garam,serbuk perasa dan gula secukup rasa.
Tambahkan sedikit air jika ia terlalu garing.
Masukkan ayam dan kentang, gaul sehingga semua bahan serasi dan Biarkan seketika agar semua bahan rempah meresapi ayam goreng dan kentang tadi.
Siap, sedia dihidangkan bersama nasi panas.
Ayam goreng kari bukanlah masak kari juga bukanlah ayam goreng berempah. Meskipun ia menggunakan bahan yang hampir sama dengan kedua tersebut. Ayam goreng kari sememangnya mempunyai tarikan tersendiri. Ia kering namun masih mempunyai sambal yang menarik. Sesuai dimakan bersama nasi panas, namun sedap juga dimakan bersama roti puri, roti putih, capati atau roti canai.
Apapun terpulang pada anda untuk mencuba resepi ini, yang sememangnya sangat sedap dan lain dari yang lain. Selamat mencuba ya!
Resepi Ayam Goreng Kari Terlajak Sedap
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU