Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000

Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000

GEORGE TOWN – Ahli keluarga seorang jururawat Obstetrik & Ginekologi (O&G) di sebuah hospital swasta di Madinah, Arab Saudi kini buntu mencari jalan menyelesaikan kes saman seba­nyak RM210,000 melibatkan wanita itu semalam.

Akui saudaranya, Afidah Ahmad Tajudin, 50, mereka terpaksa menagih simpati orang ramai terutama rakyat Malaysia bagi membantu menjelaskan saman yang dikenakan ke atas Intan Sofia Ibrahim, 53.

Menurut Afidah, Intan Sofia yang berkhidmat di hospital berkenaan sejak 2014 telah disabitkan bersalah di mahkamah negara terbabit Ogos lalu atas kecuaian ketika menjalankan tugas sehingga menyebabkan kematian seorang bayi pada 2016.

“Intan Sofia, ibu kepada dua cahaya mata berusia 23 dan 26 tahun itu diarah menjelaskan saman tersebut sebelum 30 September ini. Seorang rakan setugas yang juga dari Malaysia turut disabitkan kesalahan sama.

“Kami sekeluarga kini terpaksa merayu simpati orang ramai termasuk mana-mana agensi bagi membantu meringankan beban Intan Sofia menjelaskan saman itu demi keselamatan dan kebajikannya di sana.

“Setakat ini (semalam), wang yang berjaya dikumpul menerusi hasil kutipan kami adik beradik dan orang ramai termasuk wang yang dipinjamkan daripada rakannya adalah sebanyak RM132,100. Kami kini perlukan baki sebanyak RM87,000 lagi.

“Saya diberitahu yang dia te­lah memaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Arab Saudi mengenai perkara ini dan mereka turut membantu melancarkan tabung bantuan di sana.

“Kami tiada jalan lain selain mengedar dan menularkan mesej bantuan ini menerusi Facebook sejak tiga hari lalu,” katanya kepada Kosmo! semalam.

AFIDAH menunjukkan gambar Intan Sofia dan maklumat sumbangan yang ditular menerusi Facebook sejak kelmarin.

Terdahulu, Afidah hadir ke Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz kira-kira pukul 10 pagi kelmarin bagi mendapatkan khid­mat nasihat dan bantuan berhubung perkara tersebut.

Jelas Afidah lagi, pihaknya kini simpati dengan nasib yang bakal dihadapi Intan Sofia yang didakwa berdepan tekanan emosi akibat memikirkan masalah itu.

“Dia kini terpaksa menerima suratan takdir biarpun dikatakan telah membuat rayuan di mahkamah sebanyak tiga kali kerana merasakan keputusan yang dikenakan tidak adil. Kos guaman yang dikeluarkan sepanjang kes pendakwaan adalah sebanyak RM44,498.

“Kegagalannya menjelaskan saman akan mengakibatkan kontrak jawatannya dibekukan, tidak dibenarkan memperbaharui Iqama (kad pengenalan Arab Saudi), kemudahan perbankan disekat dan tidak dibenarkan meninggalkan negara tersebut sehingga saman dijelaskan,” ujarnya.

Tambahnya, orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi anak Intan Sofia, ­Mohammad Daniel Safwan Mohammad Rodzi di talian 011-2149 1344.

Kelmarin, tular di media sosial Facebook milik Dean mengenai maklumat sumbangan yang diperlukan bagi membantu dua jururawat Malaysia di Arab Saudi sehingga mendapat lebih 2,000 perkongsian dan 880 komen da­ripada netizen.

Pemilik akaun tersebut turut memuat naik kronologi kes yang dihadapi dua jururawat terbabit.

https://www.facebook.com/zainudin.rozali/posts/10220657852221351

Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker