41 kawasan Gombak alami gangguan bekalan air

Sebaran :

41 kawasan Gombak alami gangguan bekalan air

Sebanyak 41 kawasan di wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air disebabkan paip pecah telah berlaku berhampiran Jejambat Ampang Point, Jalan Ampang.

Bagi memastikan kerja-kerja pembaikan paip berjalan lancar, Air Selangor telah menutup bekalan air pada jam 12 tengah hari tadi.

Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 12 tengah hari esok, 26 September 2021.

Bekalan air akan disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari, 27 September 2021.

Air Selangor akan turut mengerakkan lori-lori tangki ke kawasan yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengkebumian. MG

41 kawasan Gombak alami gangguan bekalan air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat


Sebaran :

Leave a Reply