250 kematian Covid-19 dilapor semalam



Sebaran :

250 kematian Covid-19 dilapor semalam

Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 250 kes kematian Covid-19 semalam, menurut data dikeluarkan GitHub.

Daripada jumlah itu, 49 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian luar hospital (BID), dengan jumlah keseluruhan kes kematian mencecah angka 24,931.

Kes kematian paling tinggi dilaporkan di Selangor dengan 65 kes, diikuti Sabah (43), Johor (41), Pulau Pinang (20), Sarawak (16), Kelantan (14), Perak (14), Pahang (9), Kedah (6), Kuala Lumpur (6), Terengganu (6), Negeri Sembilan (4), Melaka (3) dan Perlis (3).



Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 195,837 kes aktif direkodkan termasuk 1,055 di unit rawatan rapi (ICU), manakala 595 memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 16,751 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 yang dilaporkan setakat ini mencecah angka 2,166,445. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

250 kematian Covid-19 dilapor semalam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut


Sebaran :


Leave a Reply