Ku Li kecewa tak dapat jadi PM – Nazri

Ku Li kecewa tak dapat jadi PM – Nazri

Tindakan Tengku Razaleigh Hamzah meletak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO disebabkan kecewa tidak dapat jawatan perdana menteri, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri menegaskan, kekecewaan bekas Presiden Parti Semangat 46 itu jelas kerana tidak ada ahli parlimen UMNO yang menyokong beliau untuk jawatan perdana menteri.

“Masa tandatangan surat sokongan dan ketika majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong, hanya 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menyokong Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Sepatutnya BN ada 42 tetapi saya difahamkan Ku Li calonkan nama beliau sendiri jadi kami cuma 41 ahli parlimen.

“Kerana hanya beliau menyokong dirinya untuk jawatan Perdana Menteri jadi tidak dapatlah, jadi agaknya dia kecewa sebab itu letak jawatan pengerusi jemaah penasihat.

“Jawatan itu pun cuma window dressing saja. Tidak ada nasihat beliau yang UMNO pakai,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Nazri menegaskan tindakan Tengku Razaleigh tidak mengejutkan kerana beberapa tindakan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebelum ini mengambarkan beliau tidak bersama UMNO.

“Sebelum ini Ku Li minta untuk tempat beliau dalam Dewan Rakyat diletakkan berhampiran tempat duduk pembangkang. Kita nak tahu itu untuk apa?

“UMNO bersama kerajaan, kalau mahu duduk dekat dengan pembangkang adakah maknanya beliau sudah tidak bersama UMNO?” katanya.

Nazri turut mempertikaikan hasrat Tengku Razaleigh yang mahu menghidupkan kembali UMNO yang lama.

Beliau mendakwa UMNO yang lama diharamkan oleh Mahkamah kerana tindakan Tengku Razaleigh yang tewas pemilihan parti tahun 1987.

“Beliau perlu ingat, disebabkan tewas pemilihan itulah ada penyokong beliau yang bawa isu pemilihan ke mahkamah dan UMNO diharamkan.

“Malah beliau tidak bersama UMNO yang baru tetapi menubuhkan Parti Semangat 46 hingga kita tewas di Kelantan sejak 1990 hingga sekarang.

“Jadi dia nak apa buktikan apa bila nak hidupkan UMNO yang lama? Nak jadi presiden? Kalau sayang UMNO sokong lah kerajaan yang UMNO terajui dan jadi perdana menteri,” katanya.

Pada Rabu, Tengku Razaleigh mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Sehari sebelum itu, pada sidang medianya di Parlimen, Tengku Razaleigh menyatakan hasrat menghidupkan semula UMNO yang lama. Awani

Ku Li kecewa tak dapat jadi PM – Nazri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker