Hisham akan ke China dapatkan pandangan mengenai AUKUS
Hisham akan ke China dapatkan pandangan mengenai AUKUS
Kerajaan akan mendapatkan pandangan Kerajaan China berhubung penubuhan kerjasama melibatkan Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) iaitu (AUKUS).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengesahkan perkara itu berkata, pandangan China adalah penting bagi memastikan AUKUS tidak mencetuskan sebarang kebimbangan dan menjejaskan kedudukan rantau Asia Tenggara dalam konteks pertahanan negara.
“Ini masih lagi sesuatu yang dalam proses dan saya bercadang dalam masa terdekat untuk membuat lawatan kerja singkat ke China.
“Satu perkara yang akan dibangkitkan selain daripada hospital medan, kita perlu mendapat pandangan kepimpinan khususnya pertahanan China, apa pandangan mereka terhadap AUKUS dan apa agaknya tindakan mereka.
“Insya Allah saya akan cuba meneliti, bukan satu perkara mudah untuk mengimbangi dua kuasa besar. Kekuatan kita bukan lagi persendirian, kekuatan kita adalah 10 negara ASEAN ini bersatu untuk melihat bagaimana kedudukan kedaulatan dan juga keselamatan di rantau ini dapat dipertahan,” katanya pada sesi penggulungan menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan Ahli Parlimen (PH-Kota Raja), Mohamad Sabu mengenai pendirian kerajaan terhadap AUKUS dan langkah-langkah mengekalkan rantau Asia Tenggara sebagai rantau berkecuali jika dijemput untuk menyertai kerjasama antara tiga negara tersebut.
Pada masa sama, Hishamuddin berkata, Malaysia juga sudah dihubungi oleh Menteri Pertahanan Australia, Peter Dutton mengenai AUKUS dan Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA).
“Dua hari lalu, saya mengadakan perbualan telefon dengan Menteri Pertahanan Australia dan turut menasihati beliau selain mendekati Malaysia adalah penting untuk mendekati Brunei sebagai Pengerusi ASEAN,” ujarnya.
Sementara itu, Hishammuddin berkata, Kementerian Pertahanan bersedia membina lebih banyak hospital medan di negara ini dan hanya perlu menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbuat demikian. MG
Hisham akan ke China dapatkan pandangan mengenai AUKUS
Baca Artikel Menarik :
- Gambar bogel gadis bawah umur, Sekolah Antarabangsa jalankan siasatan
- Firdaus Wong gesa ramai tampil dedah dakwaan gangguan seksual pendakwah
- Majlis Pemulihan Negara Gagal Kawal Harga Ayam
- Ku Li letak jawatan pengerusi Jemaah Penasihat Umno
- Premium Outlet di Langkawi bakal jadi tarikan
- Gadis manis pelaris warung cendol
- Bill Gates Dakwa Ada Cara Untuk Tamatkan Wabak COVID-19
- Terima kasih pemberi maklumat kerana tegakkan keadilan – Najib
- Resepi Terung Berlado Thai
- RM13 juta wang MBI Kedah dipindah ke Kanada masa Mukhriz MB
- Gambar Janna, kentut pun cantik – Zizan
Layari Laman Facebook MYKMU
Polis siasat LHDN selepas Najib dakwa salah guna kuasa