Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dikurangkan

Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dikurangkan

Hanya satu perjalanan pergi dan balik disediakan untuk penumpang di Terminal Feri Kuala Kedah ke Pulau Langkawi bermula esok.

Bagaimanapun, perjalanan feri dari Terminal Feri Kuala Perlis ke Langkawi masih kekal dua perjalanan sehari.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kepten Baharin Baharom, berkata bermula esok dan Jumaat, perkhidmatan feri akan bermula jam 1.30 tengah hari di Kuala Kedah manakala dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah pada jam 10.30 pagi.

Beliau berkata, bagaimanapun jadual perjalanan feri dari Kuala Kedah bermula jam 3 petang pada Sabtu hingga Rabu manakala pada Khamis, ia bermula jam 4.30 petang.

“Untuk perjalanan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Kedah pada Sabtu ini akan bermula jam 12 tengahari setiap hari sehingga Rabu dan jam 1.30 petang pada hari Khamis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Baharin berkata, perjalanan feri dari Kuala Kedah tetapi terpaksa dikurangkan kerana pelancong lebih memilih Kuala Perlis disebabkan jarak lebih dekat dari Langkawi, tapak letak kereta memuaskan serta harga tiket yang murah.

Namun katanya, berdasarkan sistem pembelian tiket secara dalam talian mendapati, tiket masih banyak dan sehingga semalam, sebanyak 68 tiket sudah ditempah.

“Kalau ada sambutan, kita akan tambah feri dari semasa ke semasa untuk perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi bergantung pada permintaan,” katanya.

Baharin berkata, mungkin pelancong masih terkesan dengan gambar atau video lama berlaku kesesakan dan tiada penjarakan fizikal di Terminal Feri Kuala Perlis yang ditular semula di laman sosial menyebabkan tempahan tiket masih kurang.

“Kita tidak tahu apa punca sebenar yang berlaku dan berharap orang ramai menghubungi pihak kami untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Utara, Mohd Hafiz Abdul Majid ketika dihubungi berkata, tempoh percubaan untuk satu perjalanan feri dari Kuala Kedah ke Perlis hanya sehingga hujung bulan ini.

Katanya, pihaknya akan menambah perkhidmatan feri bergantung pada permintaan pelancong untuk ke Pulau Langkawi.

“Untuk di Terminal Feri Kuala Kedah, pelancong dari luar Kedah dan Perlis perlu menunjukkan surat kebenaran polis bagi gelembung pelancongan ini kepada pihak berkuasa.

“Selain itu, mereka juga perlu menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sama ada melalui RT-PCR, RTK-Antigen serta ujian kendiri saliva sebelum dibenarkan menaiki feri,” katanya.

Katanya, pihaknya dan beberapa agensi lain sudah bersedia untuk menerima kehadiran pelancong ke Pulau Langkawi melalui Kuala Kedah yang akan bermula esok.

Sebelum ini, Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, bermula 16 September lalu, Langkawi sudah boleh dikunjungi pelancong domestik yang memenuhi kriteria SOP dari seluruh negara, termasuk negeri yang berada di Fasa 1, Pelan Pemulihan Negara (PPN). BH

Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah dikurangkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker