Vaksinasi COVID-19 beri kesan kepada Top Glove

Vaksinasi COVID-19 beri kesan kepada Top Glove

Top Glove Corp menjangkakan persekitaran perniagaan akan terus mencabar dalam beberapa suku akan datang berikutan permintaan untuk alat pelindung diri menjadi lebih sederhana di tengah-tengah peningkatan pelaksanaan vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

“Tahun lalu adalah luar biasa dan kami mencatatkan prestasi yang baik,” kata Pengarah Urusannya, Datuk Lee Kim Meow dalam temubual dengan Bloomberg TV pada Isnin.



“Menjelang suku pertama atau kedua tahun depan, permintaan akan normal. Lebih banyak cabaran akan datang,” katanya.

Pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia pada Jumaat lalu melaporkan 48 peratus kemerosotan dalam keuntungan pada suku keempat berikutan pelaksanaan pantas vaksin COVID-19 di seluruh dunia memperlahankan permintaan terhadap produknya dan larangan import oleh Amerika Syarikat (AS) mengurangkan jualan.

Persaingan dari peserta di China, Thailand dan Vietnam menambah kelemahan harga.

Kim Meow berkata, syarikat itu berada dalam kedudukan yang baik untuk menangani kelemahan harga dan pembatalan larangan import awal bulan ini dijangka meningkatkan jualan ke AS, yang menyumbang 15 peratus daripada jualan kumpulan.



Penghantaran ke AS dilarang sejak Julai tahun lalu sementara menunggu siasatan mengenai amalan buruh Top Glove.

“AS adalah pasaran yang sangat penting bagi kami. Larangan import sudah dibatalkan dan CBP (Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS) sudah menguji, mengaudit dan mengesahkan bahawa operasi kami bebas daripada buruh paksa.

“Oleh itu, pengguna AS sangat selesa untuk membeli dari kami semula. Mereka tahu bahawa kami sudah menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pekerja migran. Eksport ke AS boleh bermula seawal akhir September,” kata Kim Meow.

Permintaan untuk sarung tangan pembedahan pulih dengan pantas apabila hospital kembali kepada pembedahan tidak mendesak yang sebelumnya ditangguhkan berikutan kemunculan varian baharu COVID-19.



Ia akan membantu menyokong permintaan untuk alat pelindung diri dengan permintaan sarung tangan global akan berkembang 15 peratus setiap tahun, meningkat daripada 10 peratus sebelum pandemik.

“Kami sudah melihat ia berlaku pada masa lalu. Setiap kali ada krisis kesihatan, baik SARS atau H1N1, permintaan terhadap sarung tangan meningkat.

“Sarung tangan sangat penting dan boleh pakai buang,” katanya.

Syarikat itu juga terus melaksanakan rancangan penyenaraian dwi di Hong Kong dan akan memperbaharui permohonan penyenaraiannya.



Rancangan itu ditangguhkan di tengah-tengah larangan import dari AS.

“Dengan keputusan CBP diubah, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk mendapat persetujuan dari pihak berkuasa penyenaraian Hong Kong,” katanya. BH

Vaksinasi COVID-19 beri kesan kepada Top Glove


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker