67 kes kematian kanak-kanak akibat COVID-19

67 kes kematian kanak-kanak akibat COVID-19

Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan sebanyak 67 kematian dalam kalangan kanak-kanak akibat COVID-19 sejak Januari lalu hingga semalam, berbanding enam kematian pada 2020.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, statistik itu menunjukkan trend peningkatan jangkitan COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak di negara ini membimbangkan.



Justeru, katanya, KKM menyasarkan 60 peratus kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang November ini, dengan 80 peratus daripadanya layak mendapat dos lengkap sebelum sekolah dibuka pada sesi 2022.

“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah memberi kelulusan bersyarat kepada semua kanak-kanak remaja yang telah mencapai umur 12 tahun dan ke atas untuk divaksinasi.

“Sehubungan itu, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan mendaftarkan anak-anak mereka yang layak menerusi institusi pendidikan masing-masing dan melalui aplikasi MySejahtera dengan kadar yang segera.

“Seperti ubat-ubatan lain, vaksin COVID-19 juga mempunyai kesan sampingan yang pada kebiasaannya adalah ringan dan pulih dalam masa yang singkat.



“Namun, KKM ingin menegaskan bahawa faedah mengambil vaksin COVID-19 ini adalah jauh lebih bermanfaat berbanding kemudaratan akibat jangkitan COVID-19 itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, program ‘Kick-Off’ PICK Remaja dimulakan hari ini di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 8 (1) sebagai persediaan menjelang pembukaan sekolah.

Beliau berkata, institusi pendidikan, perlindungan, pemulihan dan tahanan dikehendaki mendaftar melalui portal vaksinanakku.herokuapp.com bagi membolehkan penjadualan vaksinasi dibuat untuk remaja berada di institusi berkenaan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) manakala remaja di luar institusi, pendaftaran melalui MySejahtera diperlukan.

Antara perlu diambil perhatian selepas mendapat suntikan vaksin ialah kemungkinan sakit atau bengkak di tempat suntikan, penat, sakit kepala, sakit otot, menggigil dan demam.



“Ibu bapa perlu mengawasi gejala awal seperti sakit dada, sukar bernafas dan jantung berdegup laju selepas anak menerima vaksin untuk segera mendapatkan penilaian kesihatan, selain mengawasi anak supaya tidak melakukan aktiviti lasak dalam tempoh seminggu selepas vaksinasi,” katanya. BH

67 kes kematian kanak-kanak akibat COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker