Ubah Bumbung Teksi Dijadikan Kebun Mini [VIDEO]

Ubah Bumbung Teksi Dijadikan Kebun Mini [VIDEO]

PANDEMIK Covid-19 menjejaskan sektor ekonomi di seluruh dunia termasuk industri pengangkutan awam di Thailand.

Hal ini menyebabkan sebahagian koperasi teksi di negara itu terpaksa membiarkan sebahagian kenderaan mereka terbengkalai kerana kurangnya permintaan daripada pelanggan.

Mengambil inisiatif untuk meringankan kesan pandemik Covid-19, koperasi Ratchapruk dan Bovorn Taxi memanfaatkan bumbung teksi terbengkalai di tempat letak kereta sebagai kebun mini.

Berdasarkan laporan media, kedua-dua koperasi berkenaan menggunakan bumbung teksi mereka sebagai petak mini dengan menanam pelbagai sayuran seperti termasuk tomato, timun dan kacang panjang.

Di atas bumbung teksi itu, kakitangan koperasi berkenaan menggunakan beg sampah plastik hitam yang di hamparkan di atas bingkai buluh sebelum meletakkan tanah di atasnya.

Menurut seroang eksekutif, Thapakorn Assawalertkul, 54, kedua-dua koperasi itu kini mempunyai 500 kereta yang tersadai di tepi jalan Bangkok, dengan 2,500 buah teksi dilaporkan tidak bergerak di beberapa lokasi sekitar bandar.

“Jalan-jalan di ibu kota yang sunyi sejak akhir-akhir ini, terdapat terlalu banyak persaingan untuk tambang rendah yang mengakibatkan penurunan pendapatan pemandu.

“Ramai yang tidak dapat membayar bayaran harian untuk kenderaan walaupun caj dikurangkan menjadi 300 baht (RM 37.70),” katanya.

Tambahnya lagi, susulan keadaan itu, ramai pemandu yang menyerahkan kembali teksi mereka kepada koperasi dan pulang ke kampung halaman terutama semasa gelombang kedua pandemik.

Jelasnya lagi, ada juga pemandu yang meninggalkan teksi mereka di tempat seperti stesen minyak dan menghubungi pihak koperasi supaya mengambilnya.

Jangkitan baharu Covid-19 di Thailand berada pada paras sekitar 15,000 kes dalam beberapa hari terakhir selepas mencapai jumlah tertinggi melebihi 23,400 kes pada pertengahan Ogos.

Kerajaan Thailand berharap negara itu akan reda daripada gelombang tersebut yang menyumbang kepada 97 peratus dari jumlah kes dan lebih dari 99 peratus kes kematian di negara itu.

Secara keseluruhan, Thailand telah mengesahkan 1.4 juta kes dengan lebih 14,000 kematian.

Jelas Thapakorn lagi, keadaan itu juga menjadikan Koperasi Ratchapruk dan Bovorn berhutang sekitar 2 bilion baht (RM 254.9 juta) mala, kerajaan setakat ini tidak menawarkan sebarang bantuan kewangan.

“Kebun bumbung teksi tidak menawarkan aliran pendapatan alternatif. Kakitangan koperasi, yang diminta mengambil potongan gaji kini bergilir-gilir menjaga kebun yang baru dibuat.

“Kebun sayur adalah tindakan protes dan cara memberi makan kepada kakitangan saya pada masa sukar ini,” ujarnya.— Agensi

Ubah Bumbung Teksi Dijadikan Kebun Mini [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker