Resepi Puding Coklat MoonCake Rasa Lazat
Resepi Puding Coklat MoonCake Rasa Lazat
Mooncake merupakan salah satu hidangan tradisi masyarakat Cina. Oleh kerana rasanya yang sedap, mooncake telah menjadi salah satu kegemaran rakyat Malaysia tidak kira kaum. Mooncake telah diinovasi menjadi pelbagai hidangan dan antaranya adalah puding coklat mooncake.
Kali ini kami bawakan resepi puding coklat mooncake ini khas buat anda semua! Ianya terbahagi kepada tiga lapisan iaitu lapisan kuning, lapisan putih dan lapisan coklat. Cara pembuatannya boleh anda ikuti kerana ianya tidaklah kompleks seperti yang kita jangkakan. Mari lihat resepi puding coklat mooncake ini!
Resepi ini dikongsikan oleh Aznie Khasri dan mendapat banyak perkongsian di media sosial.
Bahan – bahan:
Lapisan 1 (kuning):
350 ml susu cair
50 gram gula pasir
4 gram serbuk agar-agar
pewarna kuning
2 sudu besar manggo emulco
Lapisan 2 (putih):
750 ml susu cair
100 gram gula pasir
8 gram derbuk agar-agar
Lapisan 3 (coklat):
750 ml susu coklat uht
100 gram gula pasir
100 gram coklat masakan (potong kecil2)
1 sudu teh serbuk koko
10 gram serbuk agar-agar
Cara – cara memasak:
Lapisan 1:
Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sambil terus mengacau.
Tuangkan ke dalam acuan lompang. (Separuh sahaja)
Biarkan ia keras. Ini kita jadikan ia seperti kuning telur ye.
Lapisan 2:
Campurkan semua bahan dan masak hingga mendidih. Sambil terus mengacau.
Keluarkan puding adunan 1 tadi yang telah pun keras. Cakarkan sikit permukaannya.
Ambil acuan muffin, letakkan sedikit adunan putih. Kemudian letakkan adunan kuning yang telah keras tadi ditengah-tengah. Bubuh lagi adunan putih hingga menutupi adunan kuning tadi.
Lapisan 3:
Campurkan semua bahan kecuali coklat masakan.
Masak hingga mendidih sambil terus mengacau.
Masukkan coklat masakan, sambil digaul hingga sebati. Tutup api.
Tuang sedikit coklat ke dalam acuan mooncake tunggu hingga separuh keras.
Keluarkan puding putih tadi dari acuan muffin. Cakarkan sedikit dengan garfu. Supaya elok ia melekat nanti.
Letakkan puding putih tadi ditengah – ditengah acuan mooncake. Tuangkan lagi adunan coklat hingga menutupi adunan putih tadi.
Sejukkan dulu pada suhu bilik baru la dimasukkan kedalam peti sejuk.
Sedia untuk dihidangkan.
Kini, bolehlah anda menghidangkan hidangan ini kepada yang tersayang! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!
Resepi oleh Aznie Khasri
Resepi Puding Coklat MoonCake Rasa Lazat
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang dipajak dari Kedah – Sanusi ingatkan
- Perkenalkan program bank membiayai 70% pembelian saham untuk rakyat – Najib
- Adakah kamu sekat Nga pengerusikan sidang Dewan Rakyat, Gobind cabar Azmin
- Adakah SPRM selamat, selepas 3 pegawai SPRM didakwa curi barang kes
- Terimalah kenyataan, kamu bukan satu-satunya parti India – Puad
- Kini Nama Popularku Bella
- Polis nafi ketua balai minta main golf percuma
- Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]
- Wajarkah Keuntungan Pelaburan Saham Dicukai?
- Percutian ‘daring’ Nora tamat, buka semula ruangan komen IG
- Macam mana SPRM siasat SPRM, soal Gobind
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.