Negara bakal hadapi pengangguran berstruktur?
Negara bakal hadapi pengangguran berstruktur?
Seorang ahli ekonomi mengingatkan bahawa wabak Covid-19 telah mendedahkan negara ini kepada risiko pengangguran berstruktur yang meningkat.
Wabak yang berlarutan dan dorongan negara ke arah transformasi digital menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia tiada pekerjaan.
Sementara itu ramai antara mereka yang dapat mempertahankan pekerjaan dipaksa mengurangkan waktu bekerja, seterusnya merendahkan gaji mereka dan mengurangkan permintaan bagi barangan dan perkhidmatan dan keadaan ini mempengaruhi pertumbuhan ekonomi.
Paolo Casadio dari Universiti HELP menjelaskan, pertumbuhan negara yang perlahan akan mencetuskan pengangguran berstruktur yang digambarkannya sebagai “senario baharu dan mengejutkan bagi Malaysia”.
Pengangguran berstruktur berlaku apabila wujud ketidaksepadanan kemahiran yang dimiliki pekerja dengan yang diperlukan majikan dengan kemajuan teknologi dan peralihan demografi menjadi antara faktor dasarnya.
“Pertumbuhan 4.75% atau 5% dalam tempoh normal sangat penting bagi Malaysia selama ini untuk menampung peningkatan tenaga kerja (sekitar 0.5% per tahun) yang datang daripada pertumbuhan populasi,” kata Casadio kepada FMT.
“Oleh itu pertumbuhan yang lebih rendah akan mewujudkan ketidakseimbangan struktur dengan lebihan pekerja yang tidak dapat mencari pekerjaan sekali gus mencetuskan pengangguran dan tekanan yang sistematik terhadap gaji.”
Casadio menekankan bahawa ini adalah “masalah serius” yang mesti diselesaikan dengan berkata, dalam jangka pendek, langkah menyokong pekerja dan memberi insentif secara fiskal kepada syarikat untuk mengekalkan modal insan mereka adalah “satu-satunya cara praktikal” yang boleh dilakukan..
Selain meningkatkan pelaburan dan meningkatkan koordinasi antara agensi, Casadio juga menggesa kerajaan meningkatkan skala program yang membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk berkembang dan memberi insentif bagi keusahawanan.
“Ini juga harus merangkumi program kemahiran dan latihan semula jangka pendek,” katanya.
Memberi amaran mengenai impak automasi dan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0) ke atas pekerjaan, Casadio turut menekankan bahawa perlu ada peralihan kepada latihan bagi pekerjaan yang diperlukan dalam tempoh sedekad akan datang, selain dorongan ke arah mengiktiraf lebih banyak kelayakan dan pensijilan profesional, berbanding hanya ijazah daripada universiti.
Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) juga menyedari bahaya pengangguran berstruktur yang ditakrifkannya sebagai jurang kemahiran antara majikan dengan pekerja.
Dalam satu laporan tahun lalu bertajuk “Post Covid-19 Potential Unemployment and Human Capital Development” (Kemungkinan Pengangguran dan Pembangunan Modal Insan Pasca Covid-19), HRDF menyatakan bahawa walaupun mekanisme, proses dan pengalaman sedia ada dapat membantu menangani pengangguran berstruktur setakat tahap tertentu, ia tidak memiliki “sumber mencukupi” untuk menangani isu berkenaan pada skala lebih besar.
“Walaupun pakej rangsangan semasa mungkin bermanfaat untuk meringankan beberapa kesan pengangguran kitaran, pengangguran berstruktur adalah isu yang berbeza untuk ditangani,” katanya.
“Malangnya, HRDF, sama seperti Malaysia, tidak cukup berpengalaman untuk menangani pengangguran berstruktur besar-besaran.” FMT
Negara bakal hadapi pengangguran berstruktur?
Baca Artikel Menarik :
- Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit
- LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia
- Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok
- Resepi gulai kambing bawang goreng Penang
- Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?
- Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
- Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video)
- Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus?
- ‘Road to’ buka sempadan negeri
- Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal
- Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU
Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib
You must be logged in to post a comment.