Apple Turunkan Harga iPhone 12, Ini Masa Terbaik Miliki Telefon Baharu
Apple Turunkan Harga iPhone 12, Ini Masa Terbaik Miliki Telefon Baharu
HARGA model iPhone 12 di Malaysia telah dikurangkan berikutan pelancaran rangkaian terbaharu Apple – iPhone 13.
Semakan menerusi laman web Apple Malaysia mendapati iPhone 12 mini dengan paparan 5.4 inci kini berharga RM2,899 (64GB), RM3,099 (128GB) dan RM3,599 (256GB).
Ketika model itu dilancarkan tahun lalu, ia dijual pada harga RM3,399 (64GB), RM3,599 (128GB) dan RM4,099 (256GB).
Sementara itu, iPhone 12 dengan paparan 6.1 inci pula kini dijual pada harga RM3,399 (64GB), RM3,599 (128GB) and RM4,099 (256GB).
Harga iphone 11 juga lebih murah ketika ini.
Sebelum ini ia dijual pada harga RM3,899 (64GB), RM4,099 (128GB) dan RM4,599 (256GB).
iPhone 12 dan iPhone 12 mini didatangkan dengan dua kamera belakang sementraa dua model lain – Pro 6.1 inci dan Pro Max dengan paparan skrin 6.7 inci tidak lagi disenaraikan dalam laman web itu.
Apple melancarkan iPhone 13 dalam empat pilihan – mini dengan paparan 5.4 inci bermula dari RM3,399; iPhone 13 dengan paparan 6.1 inci dari RM3,899; Pro dengan paparan 6.1 inci dari RM4,899 dan Pro Max dengan paparan 6.7 inci dari RM5,299.
Model termahal adalah iPhone 13 Pro Max dengan storan 1TB berharga RM7,599.
IPhone 13 dan iPhone 13 mini dilengkapi dengan dua kamera belakang sementara model Pro mempunyai tiga kamera belakang. Semua model dikuasakan oleh cip bionik A15 terkini.
Apple mengumumkan pra-pesanan akan bermula pada 1 Oktober dan dijangka berada di pasaran bermula dari 8 Oktober.
Apple Turunkan Harga iPhone 12, Ini Masa Terbaik Miliki Telefon Baharu
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- Gimik Peja pulangkan gaji penasihat khas PM tak menjadi, skandal tanah pula diungkit
- LGBT digantung di Malaysia, dakwa pelarian Malaysia
- Sajat ditahan imigresen Thailand, bersembunyi di Bangkok
- Resepi gulai kambing bawang goreng Penang
- Kata dah taubat, Shuk cari Fara kembali?
- Pegawai SPRM curi barang kes USD6 juta?
- Frontliners bantu pesakit ucap syahadah (Video)
- Tak Mandi Situ Tapi Sungai Hulu Yam Baharu Tempat Buang Makhluk Halus?
- ‘Road to’ buka sempadan negeri
- Nazri puji Nurul Izzah, sifatkan Syed Saddiq gagal
- Dulu tak boleh bawah kerajaan lama, kini boleh – Najib
Layari Laman Facebook MYKMU