Selepas jumpa TMJ, 216 guru setuju divaksin

Selepas jumpa TMJ, 216 guru setuju divaksin

Sesi pertemuan dan penerangan bersama Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini sedikit sebanyak “membuka mata” serta meyakinkan segelintir guru yang menolak vaksin Covid-19 untuk mengubah fikiran.

Mendedahkan perkara ini, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Johor, Mazlan Bujang berkata, 216 daripada 779 guru itu bersetuju menerima vaksin selepas mendengar pengalaman dan penerangan Tunku Ismail sendiri.



“Saya difahamkan jumlah guru yang menolak vaksin semakin berkurangan. Kita masih terus memberikan penerangan dan kefahaman kepada mereka dan saya menjunjung kasih, berterima kasih kepada Tunku Mahkota Johor yang mencemar duli, berjumpa dalam sesi temubual dengan guru tersebut,” katanya selepas meninjau proses pemberian vaksin kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, di sini.

Beliau mengulas status kumpulan guru di Johor yang sebelum ini dilaporkan enggan menerima vaksin.

Mazlan berkata, baki 563 guru yang belum membuat keputusan untuk menerima vaksin, majoritinya mempunyai masalah kesihatan serta mengandung.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah guru yang menolak vaksin masih kecil melibatkan kurang 1% daripada keseluruhan kira-kira 48,000 guru di Johor. FMT



Selepas jumpa TMJ, 216 guru setuju divaksin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Jangan tunggu lagi, wajibkan penggunaan ‘pulse oximeter’ – gesa Najib



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker