Awan paling jarang ditemui muncul di San Francisco

Penduduk Teluk San Francisco, Rain Hayes, meraam saat awan noctilucent yang jarang berlaku melintasi Tasik Merritt di Oakland pada Jumaat, 16 Disember lalu. – Twitter

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Awan noctilucent yang paling jarang ditemui di dunia muncul di kawasan Teluk San Francisco, California awal pagi Jumaat lalu, lapor portal berita MailOnline semalam.

Seorang jurugambar tempatan, Rain Hayes menyaksikan awan itu berarak di atas kawasan Tasik Merritt kira-kira pukul 6.30 pagi (waktu tempatan), sebelum berkongsi imej fenomena itu di media sosial.

“Awan cerah pelik di atas Tasik Merritt di penghujung fajar pagi ini (Jumaat),” tulis Hayes sambil turut memaklumkan pejabat wilayah Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS).

Ia mendapat perhatian saintis iklim dari Universiti California, Los Angeles (UCLA) yang memberikan komen kepada gambar itu dengan berkata: “Rakaman hebat yang kelihatan seperti awan noctilucent di atas SF Bay Area pagi ini!”



“’Awan seperti itu sangat jarang berlaku di latitud ini dan juga pada musim sejuk, serta merupakan awan tertinggi dan paling kering di Bumi yang terbentuk di mesosfera kira-kira 80 kilometer (km) ke atas. Wah!” katanya.

NWS kemudian mengesahkan bahawa awan noctilucent telah berada di kawasan itu sebelum matahari terbit.

Awan noctilucent biasanya hanya muncul di hujung Bumi iaitu Kutub Utara dan Selatan. Di Amerika Syarikat (AS), ia biasanya muncul di Pantai Barat dan hanya di Barat Laut Pasifik.

Awan noctilucent yang juga dipanggil sebagai awan mesosfera kutub itu terbentuk antara 76 hingga 85 kilometer (km) di atas permukaan bumi, demikian menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).



Ia biasanya terbentuk pada akhir musim bunga dan awal musim panas apabila atmosfera yang lebih rendah menjadi lebih panas.

Awan noctilucent juga boleh dilihat dari angkasa lepas kerana angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum ini telah berkongsi gambar fenomena itu. – Agensi

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN



Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker