Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]

Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]

CARSON CITY, Nevada – Seorang remaja perempuan di Amerika Syarikat mengahwini seorang lelaki berusia 42 tahun lebih tua daripadanya, lapor akhbar metro UK kelmarin.

Anggota  polis tentera, Audrey Cheyanne-Smiley Moon, 19, berkahwin dengan suaminya, Kevin, 61, yang dikenali melalui satu aplikasi pacaran pada Januari tahun lalu.

Biarpun memiliki perbezaan usia 42 tahun, Audrey berkata,  dia tertarik dengan biodata Kevin dalam aplikasi itu yang menyebut bahawa lelaki itu merupakan veteran polis tentera.

Selepas beberapa bulan berkenalan  di alam maya, mereka berpacaran secara rasmi dan bertemu buat pertama kali pada Julai tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1 Ogos lalu di Nevada.

“Saya teruja dan gementar untuk bertemu dengannya.

“Kevin memulakan langkah dalam memikat saya. Kami berdua bersetuju bahawa ini merupakan cinta pandang pertama,” kata Audrey.

Kedua-dua Audrey dan Kevin tidak pernah menjalin hubungan dengan perbezaan usia yang ketara, namun mereka percaya bahawa ia tidak membawa apa-apa makna memandangkan mereka berkongsi banyak persamaan.

Memandangkan Kevin lebih berusia berbanding ibu dan bapa Audrey, pasangan itu pada mulanya merahsiakan hubungan mereka.

“Keluarga saya pada mulanya amat menentang hubungan ini dan apabila saya pulang ke rumah, saya terkejut melihat polis sedang menunggu di luar.

“Ia amat menakutkan namun selepas mengenali Kevin, mereka mula menyukainya,” kata Audrey.

Pasangan itu juga mahu menghilangkan stereotaip negatif mengenai jurang umur dan berkata, mahu menunjukkan kepada dunia bahawa hubungan mereka adalah atas dasar cinta sepenuhnya. – Agensi

Cinta Pandang Pertama Buat Remaja 19 tahun Kahwini Lelaki 61 tahun [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker