Najib tidak tolak kemungkinan bertanding PRU15
Najib tidak tolak kemungkinan bertanding PRU15
Najib Razak tidak menolak kemungkinan bertanding pada pilihan raya umum ke 15, meskipun disabit atas kesalahan rasuah oleh Mahkamah Tinggi dan berdepan dengan pelbagai perbicaraan lain, agensi berita Reuters melaporkan.
“Mana-mana ahli politik yang mahu memainkan peranan, tentunya ingin menjadi Ahli Parlimen,” kata bekas Perdana Menteri apabila ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
Pada tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib atas kesalahan penyalahgunaan kuasa, pecah amanah dan penggubahan wang berhubung dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd. Najib telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.
Selain kes SRC, Najib menghadapi beberapa kes mahkamah berhubung dana 1MDB. Ahli Parlimen Pekan itu telah menolak semua tuduhan itu.
Dalam wawancara dengan Reuters, Najib berkata soal sama ada beliau layak bertanding dalam PRU akan datang “tertakluk kepada tafsiran peruntukan Perlembagaan Persekutuan.”
“Ia tertakluk kepada tafsiran dari segi undang-undang, perlembagaan dan apa yang berlaku semasa perbicaraan,” katanya.
Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Najib kalah mengejut pada pilihan raya umum 2018 kepada Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun kerajaan pimpinan Mahathir hanya bertahan selama 22 bulan berikutan ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan Muhyiddin Yassin membentuk kerajaan baharu dengan sokongan Umno.
Bagaimanapun, Muhyiddin sendiri terpaksa meletak jawatan apabila kehilangan sokongan 15 Ahli Parlimen Umno. Beliau digantikan oleh Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob. FMT
Najib tidak tolak kemungkinan bertanding PRU15
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual
You must be logged in to post a comment.