Wanita Tanggung Akibat Sehingga Muntah Darah Apabila Pinangan Duda Ajak Kahwin DiTolak

Wanita Tanggung Akibat Sehingga Muntah Darah Apabila Pinangan Duda Ajak Kahwin DiTolak

SUDAH lebih lima tahun Wan Syafikah bergelar ibu tunggal selepas kematian suaminya disebabkan serangan jantung.

Sejak itu, Wan Syafikahn langsung tidak terfikir untuk mencari pengganti suaminya kerana ingin memberi fokus membesarkan empat anak mereka selain faktor usia yang sudah mencecah 50 tahun.

Namun beberapa ahli keluarga cuba mencari jodoh untuknya kerana kasihan melihat dia membesarkan anak-anaknya sendirian dan selepas beberapa kali dipaksa, Wan akhirnya bersetuju bertemu dengan lelaki yang juga seorang duda.

“Berat sebenarnya hati saya hendak berkenalan dengan lelaki itu, bukan apa usia saya pun bukannya muda dan langsung tak terfikir hendak berkahwin lain selepas suami meninggal dunia.

Hantu

Wan memberitahu sejak menolak pinangan duda itu, akan ada benda muncul di tingkap biliknya.

“Tetapi apabila keluarga mendesak saya turutkan juga meskipun anak-anak pun kurang senang terutamanya yang sulung,” katanya.

Pertemuan pertama kata Wan sudah membuatkan dia berasa tidak sedap hati kerana aura lelaki itu yang agak berbeza dan terlalu ‘berani’ meskipun baru berkenalan.

Pandangan lelaki itu juga tajam dan sentiasa memegang tongkat dan sering mencium pada bahagian pangkal tongkat itu sambil membisikkan sesuatu.

“Lelaki itu dalam lingkungan 60 tahun tetapi kelihatan lebih tua daripada usianya yang sebenar. Entah mengapa saya berasa takut memandang wajahnya, begitu juga anak-anak mendakwa perkara sama.

“Pada pertemuan pertama itu dia sudah menetapkan tarikh perkahwinan selain meminta saya berpindah ke rumahnya selepas berkahwin tetapi anak-anak tidak boleh tinggal bersama kami.

Apabila saya selidik, rupa-rupanya lelaki itu dikatakan memang terkenal dengan tabiat ‘membela’ dan tujuan dia ingin berkahwin dengan saya kerana ingin mencari tuan baharu untuk hantu belaannya.

WAN SYAFIKAH

“Saya tidak bersetuju kerana jika dia menyunting saya sebagai isteri, dia perlu terima anak-anak saya,” ujarnya.

Tidak berfikir panjang, Wan berkata, dia menolak ajakan lelaki itu untuk berkahwin kerana berasa tidak sedap hati dengan perwatakannya selain sikapnya yang memaksa.

Pertama kali muntah darah, bau hanyir menusuk hidung

Beberapa hari kemudian kata Wan, ketika ingin tidur dia bermimpi seorang lelaki datang kepadanya dan cuba membaling tongkat dipegangnya tetapi dia berjaya melarikan diri.

Tidak hanya itu, tingkap biliknya sering diketuk oleh sesuatu seolah-olah ada sesuatu yang cuba memasuki melalui tingkap.

“Ingatan saya terus kepada lelaki berkenaan dan saya yakin ia ada kaitan dengannya… tetapi saya tidak mahu menuduh melulu dan terpaksa hadapi gangguan itu.

“Saya mula tidak tahan apabila saya mula sakit-sakit. Setiap kali makan kerongkong rasa terbakar dan terpaksa memuntahkan semula semua makanan.

warga-yang-penasaran-adanya-makhluk-gaib-mendatangi-rumah-karmin

Ustaz yang datang ke rumah terkejut kediaamnya dihuni ramai makhluk halus.

“Badan menjadi kurus, saya tidak boleh tidur disebabkan pelbagai gangguan yang diterima. Peliknya hanya saya yang terima gangguan tetapi Alhamdulillah anak-anak tidak menjadi mangsa,” katanya.

Dalam satu kejadian kata Wan, Bulu roma dia meremang apabila dia menerima panggilan daripada lelaki itu yang tiba-tiba bertanya sama ada dia sihat atau pun tidak?

Wan segera mematikan talian sebelum dia tiba-tiba pengsan. Apabila dia tesedar, badannya menjadi tidak sedap dan kemudian mengalami muntah darah.

“Seumur hidup saya tidak pernah muntah darah dan itu adalah kali pertama. Anak-anak terpaksa tutup hidung kerana kata mereka baunya cukup hanyir dan darah yang keluar merah kehitaman,” imbaunya.

Ustaz pucat masuk rumah, ada ‘ramai’ orang

Tidak tahan dengan gangguan dan penyakit misteri yang dideritainya, Wan memberitahu dia meminta seorang ustaz datang ke rumahnya untuk berubat dan ‘membersihkan’ rumahnya.

Gangguan hantu

Wan akan kembali sakit setiap kali kembali ke rumahnya.

Namun reaksi ustaz yang terkejut dan wajahnya bertukar pucat ketika melangkah masuk ke dalam rumah membuatkan Wan menjadi lebih ketakutan.

“Saya ingat ustaz beritahu ada ‘ramai’ orang di dalam rumah saya. Selepas mereka nampak kelibat ustaz masuk ke dalam rumah, mereka lari ke bahagian bilik saya.

“Ustaz sarankan saya keluar daripada rumah itu buat sementara dan sejak keluar daripada rumah itu keadaan saya pulih seperti sedia kala, pelik,” ujarnya.

Wan memberitahu ustaz berkenaan mengambil masa beberapa hari ‘membersihkan’ dan ‘memagar’ rumahnya. Menurut ustaz itu, ada pihak mahu melakukan perkara tidak baik terhadap Wan.

Menurut Wan lagi, dia dimaklumkan lelaki yang ingin mengahwininya itu rupa-rupanya memang terkenal dengan tabiat ‘membela’ dan tujuan dia ingin berkahwin dengan Wan kerana mahu makhluk halus belaan mempunyai tuan baharu.

Vudu

Perbuatan sihir adalah berdosa besar dalam Islam.

“Memandangkan saya tolak (permintaan untuk kahwin), dia berdendam dan mula menghantar sihir dan makhluk halus ke rumah saya,” ujarnya.

Bagaimanapun kata Wan, sehingga kini dia masih berubat bagi memulihkan dirinya kerana sejak kembali ke rumah itu kejadian serupa tetap berulang dan keadaannya pulih apabila keluar daripada kediaman berkenaan.-mSTAR

Wanita Tanggung Akibat Sehingga Muntah Darah Apabila Pinangan Duda Ajak Kahwin DiTolak


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker