Remaja lemas ketika cuba selamatkan rakan terjatuh dalam empangan

Remaja lemas ketika cuba selamatkan rakan terjatuh dalam empangan

Hayat seorang remaja lelaki berakhir tragis selepas dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dan terjatuh dalam empangan di Jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bharu, petang tadi.

Hamzah Ilya Azman, 19, dikhuatiri terkorban sejurus bertindak nekad terjun ke dalam empangan itu semata-mata mahu menyelamatkan rakannya itu, namun gagal mengapungkan diri.

Rakannya Ahmad Nabil Yassin Abdul Rashih, 20, bagaimanapun berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai ke lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, berkata dalam kejadian pada jam 3.54 petang itu, mangsa dipercayai lemas selepas tidak timbul ke permukaan, sejurus terjun ke dalam empangan berkenaan.

“Gerakan mencari dan menyelamat sedang dilakukan pihak bomba bagi mengesan seorang mangsa itu,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, bomba bersama tujuh anggota digegaskan dan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.15 petang. FMT

Remaja lemas ketika cuba selamatkan rakan terjatuh dalam empangan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker