Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan – Mahdzir

Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan – Mahdzir

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Parti Ikatan Demokratik (Muda) diminta mempertimbangkan semula keputusan tidak memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik, demi kebaikan rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata proses semak dan imbang akan tetap dilaksanakan selain tidak bermakna mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan jika menandatangani MoU itu.

“Kita berharap bahawa parti-parti lain yang belum lagi membuat (menandatangani) MoU ini dapat mencari jalan supaya bersetuju dengan kerajaan untuk bersama dalam urusan berkaitan dengan COVID-19 dan juga pembangunan ekonomi semula.
“Dengan MoU ini, mereka tetap pembangkang… bukan maknanya bila dia tanda tangan tu dia jadi sebahagian daripada kerajaan… dia tidak jadi sebahagian daripada kerajaan sebab ini bukan ‘unity government’,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan tiga parti yang menolak untuk menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik.

Isnin lalu, kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) memeterai MoU Transformasi dan Kestabilan Politik bagi membentuk satu kerjasama dwipartisan yang ampuh dan mantap selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah.

MoU itu merangkumi enam aspek iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran, Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia MA63 dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Mengulas lanjut, Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar, berkata tiga parti terbabit turut diharap dapat mencari jalan agar dapat bersama kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19 dan membangunkan ekonomi.

Katanya, ahli politik tidak perlu sibuk bermain politik ketika krisis kesihatan sebaiknya memberi tumpuan terhadap kesusahan rakyat.

Mahdzir ditemui selepas menerima taklimat mengenai program tanam semula di Dewan Mesyuarat Pusat Pentadbiran Komuniti Felda Lubuk Merbau, di sini, hari ini.-Awani

Pejuang, Warisan, Muda diminta pertimbang semula keputusan – Mahdzir


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Harga emas merudum dipengaruhi sentimen ekonomi AS

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker