Pinjaman RM250,000 adik Zahid tiada kena mengena
Pinjaman RM250,000 adik Zahid tiada kena mengena. Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tiada kena mengena mahupun mendapat imbuhan daripada pinjaman wang RM250,000 yang diberikan kepada adik lelakinya oleh seorang ahli perniagaan.
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berhujah, pendakwaan tiada asas untuk menyatakan bekas Timbalan Perdana Menteri memainkan peranan dalam pinjaman wang daripada Junaith Asharab Md. Shariff kepada Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.
Hujahnya, Junaith yang merupakan saksi pendakwaan ke-36 ketika memberi keterangan menyatakan, Mohamad Nasaee menghubunginya pada akhir Jun 2016 untuk mendapatkan pinjaman dan berjanji untuk membayar balik dalam tempoh dua bulan.
Beliau berhujah, anak guamnya tidak tahu berkenaan pinjaman tersebut yang kemudian telah dibayar oleh Mohamad Nasaee dengan memasukkannya ke dalam akaun Tetuan Lewis & Co.
Selain itu, hujahnya, Mohamad Nasaee juga tidak dipanggil memberi keterangan sebagai saksi bagi menyokong kes pendakwaan.
Sehubungan itu, Hisyam berhujah pendakwaan tidak mempunyai asas untuk menyatakan wang RM250,000 yang diberikan itu merupakan sebagai dorongan untuk menyerahkan projek MyEG kepada sebuah syarikat.
Penghujahan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
Ahmad Zahid, 68, dibicarakan terhadap 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Pinjaman RM250,000 adik Zahid tiada kena mengena
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- “Apa punya mangkuk”, kata Mahfuz kepada Hamzah
- Kementerian Kewangan arahkan bank usahakan pengecualian faedah moratorium
- Timbalan speaker gantung Rayer dua hari dari sidang parlimen
- Tak puas hati caj mahal, lelaki tetak peniaga
- Kempen harga ayam dituduh ‘berat sebelah’, KPDNHEP padam catatan di Facebook
- Bila VIP pergi masjid
- Kuasa ketiga muncul lawan kerajaan dan pembangkang
- Ismail Sabri Ulangi Keajaiban Tun Abdul Razak
- Ibu bapa fail saman, hentikan vaksinasi budak bawah 18 tahun
- Ada dua isteri, umur baru 17 tahun
- Baru sejam berkahwin, suami mahu bercerai
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.