Muhyiddin gagal, Anwar saran lantik muka baru

Muhyiddin gagal, Anwar saran lantik muka baru

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan wakil kerajaan lain dipilih untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN), bukannya Muhyiddin Yassin kerana majlis itu di bawah pimpinannya sebelum ini tidak menampakkan hasil positif dengan jangkitan Covid-19 mencecah puluhan ribu kes setiap hari.

“Sebab itu kita beritahu perdana menteri, sebaiknya lantiklah tokoh baharu dari kerajaan, kita tidak cadang wakil daripada pembangkang.

“Atau melantik individu lain yang ada pengalaman serta mampu mengendalikan MPN, janganlah ambil orang sama dan mengharapkan cadangan baharu yang boleh menyelesaikan masalah.

“(Ketika Muhyiddin) jadi perdana menteri, ada kuasa penuh semasa pelaksanaan darurat, banyak (perkara) gagal, banyak kes. Yang lebih menyulitkan adalah jumlah kematian dicatatkan negara kita adalah paling tinggi di dunia,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Mukhriz Mahathir (PEJUANG-Jerlun) mengenai pandangannya berhubung pelantikan Muhyiddin sebagai pengerusi MPN ketika menjadi perdana menteri dan selepas meletakkan jawatan itu, adakah ia lebih baik dalam memulihkan negara kerana di bawah pimpinannya, kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal melakukannya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob hari ini mempertahankan keputusan melantik semula Muhyiddin sebagai pengerusi MPN bertaraf Menteri.

Katanya, pelantikan itu disebabkan bekas perdana menteri terbabit memegang jawatan berkenaan sejak MPN ditubuhkan di bawah kerajaan PN.

Sebelum ini, Muhyiddin dilaporkan berkata, beliau menjalankan tugas sebagai pengerusi MPN secara sukarela tanpa mendapat sebarang imbuhan. FMT

Muhyiddin gagal, Anwar saran lantik muka baru


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


King buat hal lagi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker