Saintis cari lembu kurang kentut

Saintis cari lembu kurang kentut bantu pulihara alam sekitar

EDINBURGH – Sekumpulan saintis di Scotland sedang membuat kajian bagi memelihara lembu kurang kentut bertujuan untuk mengurangkan pencemaran udara akibat pengeluaran gas metana lapor akhbar The Sun kelmarin.

Ini kerana haiwan seperti lembu, biri-biri dan kambing menghasilkan gas metana menerusi kentut dan sendawa yang menyumbang kepada 14 peratus pemanasan global.

Kawanan lembu yang mesra alam dipercayai akan menghasilkan gas metana lebih rendah sekali gus menurunkan kadar kerosakan pada alam sekitar.

Menurut kajian, setiap hari seekor lembu dapat menghasilkan 160 liter hingga 320 liter gas yang mempunyai 28 kali potensi pemanasan global karbon dioksida atau CO2.

Saintis-saintis masih mencari lembu-lembu yang menghasilkan gas metana paling sedikit dan akan membiakkannya menjadi kawanan terkawal.

Pakar-pakar juga sedang menguji beberapa jenis makanan untuk haiwan ini supaya bebas kentut.

Wakil Persatuan Pemelihara Lembu Aberdeen, Barrie Turner berkata, usaha mengenainya sudah dilakukan sejak 2015 lagi.

“Pihak kami sedar bahawa lembu menghasilkan kentut yang memberi impak negatif pada alam sekitar.

“Kami sedang membina profil genom untuk memilih lembu yang paling mesra karbon yang akan menghasilkan perbezaan dalam jangka masa panjang,” jelas Turner. K Online

Saintis cari lembu kurang kentut


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kalau Khairy Jamaluddin tidak keberatanlah – Sarimah Ibrahim

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker